Tuesday, June 4, 2013

YES, HOW MAY I HELP YOU :)



Seorang perempuan lanjut usia tetapi masih bergaya datang ke kedai.  Dia kurang cantik tetapi dari pakaian dan bahasa badannya nampak macam ala-ala berlagak sedikit dan nampak macam orang berada.

Puan  : " Tak taulah nak makan apa, kedai you ni masakan tak sedap!".

Ain     :  "Kalau kena dengan selera kita, masakan tak sedap pun jadi sedap, setiap bulan koleksi kedai ni   tak kurang dari rm75k" ( siap kau, ain yoli pun berlagak, tapi kenyataannya benar belaka hi hi)

Puan     :  "Dah order ari tu, tak sedap langsung, ni tengah fikir nak makan apa?"

Ain        : 'oh ye ke? tak ape kalau tak nak order pun, boleh tengok menu dulu, nanti balik rumah boleh minta anak atau menantu masakkan masakan kegemaran Puan."

Puan      : "Hah jangan you cakap pasal dia orang, semuanya hampeh, semuanya masak tak sedap!" dia mencemik dan makin nampak ketidakcantikkannya hi hi.

Ain          : "Oh really? kalau macam tu macamana for a change puan masak sendiri masakan kesukaan puan?" Ain menambah racun ke dalam fikirannya hi hi.

Puan      :  "Huh pandailah awak, inilah masalahnya, I masak pun tak sedap hi hi dan semua yang I makan tak sedap....."

Ain         :  "Ohhhh...fahamlah.....deria rasa puan yang bermasalah ye."

Puan       :  "Ealah, macam-macam penyakit ada, nak makan apa pun tak tau......."

Ain          : "kalau macan itu order Tomyam Campur ajelah, tomyam boleh menaikkan selera puan" Ain masukkan jarum, Tomyam Campur berharga rm9.30 selepas tax, opps kedai kita ada tax 6% ye.

Patutlah semua yang dia ambil tidak mendatangkan keseronokkan kerana deria rasanya sudah rosakdisebabkan penyakit berangkai yang di hadapinya.

Ain tak kisah dengan orang yang macam ini kerana pada fahaman Ain jika badan kita berasid kita banyak penyakit dan menjadikan kita tidak stabil juga dari segala segi.


Alkalikan sistem tubuh kita supaya sihat sepanjang hayat, Ain Yoli ada penyelesaiannya.




"Yes, how may I help you :)"


No comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...