Saturday, July 13, 2013

Oh My Tears Drop

Bilakah tangisan ini membawa erti kekuatan dan kehebatan?











Tidak semua tangisan itu negatif dan tidak semua insan yang 
menangis itu lemah.


Bilakah tangisan ini membawa erti kekuatan dan kehebatan?


1. Menangis kerana rasa cinta dan takut kepada Allah


2. Menangis kerana menginsafi kelemahan diri dan ahli keluarga 
dan berusaha untuk memperbaikinya.


3. Menangis apabila melihat saudara seaqidah dizalimi dan 
berusaha untuk membantu.


4. Menangis apabila melihat tatasusila umat Islam yang telah 
melampau.


5. Menangis kerana berasa syukur dengan rahmat Allah yang 
terlalu banyak walaupun dirinya ditimpa bencana.


6. Menangis kerana menyesali dosa dan menyedari kesilapannya


7. Menangis apabila dia menemui kebenaran setelah sekian 
lama hanyut di dalam kesesatan.


Tangisan-tangisan ini adalah kehebatan kerana orang yang
menitiskan air matanya kerana Allah, adalah orang yang cukup
tinggi rasa keimanan dan taqwanya seperti yand ditunjukkan
melalui sabda Rasulullah yang telah diriwayatkan oleh
Abu Hurairah r.a,


“Tidak akan masuk neraka seorang laki-laki yang menangis 
kerana takut pada Allah Swt. sehingga air susu kembali 
masuk ke dalam puting…”
(H.R Tirmidzi)



Pada satu ketika Rasulullah saw. berkhutbah di hadapan 
para sahabat, beliau bersabda,” Seandainya kalian mengetahui 
apa yang aku ketahui sungguh kalian akan sedikit tertawa 
dan banyak menangis.” 



Kemudian para sahabat  menutup wajah mereka dan mereka 
menangis. 

(Muttafaq ‘Alaihi)




Pada suatu hari Rasulullah saw telah mendengar seorang 
sahabat Baginda yang sedang membaca Al Quran.  Apabila
sampai ke ayat yang bermaksud:



“Maka apabila langit terbelah dan menjadi merah seperti 
kulit yang merah”

Surah ar Rahman – 37



Bulu roma si pembaca itu berdiri tegak dan dia menangis 
tersedu-sedu sambil bertanya:“Aduh, apakah yang akan 
berlaku pada diriku apabila langit terbelah? Malang sungguh 
nasibku ini.” 


Rasulullah saw berkata kepadanya:” Tangisanmu telah 
menyebabkan para malaikat menangis bersama-sama.”



Jawapan yang sama telah diberikan oleh Rasulullah saw 
kepada seorang Ansar yang duduk menangis selepas 
menunaikan sembahyang Tahajjud.


Abdullah bin Rawahah telah menangis pada suatu hari. 
Isterinya melihat  keadaannya turut menangis bersama-sama, 
dia bertanya kepada isterinya itu:”Mengapa kamu menangis?” 


Kata Abdullah:“Apabila aku teringat yang aku terpaksa 
menyeberangi  neraka melalui titian sirat, aku menangis.
Aku tidak tahu sama ada aku akan berjaya menyeberanginya 
atau tidak.”



Subhanallah, kehebatan yang terserlah dengan linangan 
air mata yang membuktikan kekuatan seseorang insan.



Malah di antara tanda-tanda yang menunjukkan seseorang ini 
keras hatinya ialah apabila dia sukar untuk menangis di 
hadapan Ilahi.


Bilakah kali terakhir daku menitiskan air mata keranaMu 
Ya Ilahi?





- Artikel iluvislam.com

No comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...