Thursday, July 25, 2013

THE SECRET OF SUJUD













See Translation Below





Rahsia Sujud Di Dalam Solat 



Tahukah kita solat 5 KALI sehari iaitu 17 RAKAAT telah berlaku 34 kali SUJUD. Di dalamnya terdapat 1001 hikmah yang terkandung. Antaranya:-




Seorang ahli Sains saraf otak Amerika, Dr. Fidelma O’leary mendakwa bahawa beberapa saraf di otak manusia tidak boleh dialiri oleh darah dari jantung kerana posisi jantung yang berada di dada tidak cukup kuat untuk menampung pembawaannya ke otak manusia. 



Padahal otak amat memerlukan oksigen dan bekalan darah yang mencukupi supaya dapat berfungsi secara normal. 



Beliau mengkaji dari tempoh masa yang lama untuk mencari jawapan. 



Dikaji dengan lebih serius akhirnya dia perolehi jawapan bahawa darah akan mengalir setiap inci ke otak manusia secara sempurna ketika seseorang itu melakukan sujud seperti yang dilakukan oleh orang-orang Islam dalam solat. 



Bila perkara ini berlaku,maka otak dapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi lalu dapatlah menghindarkan pelbagai jenis penyakit seperti stress, migraine, stroke , menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti kita (terutama ketika sujud waktu solat Subuh). Juga boleh membaiki posisi anak dalam kandungan rahim…dll.




Paling HEBAT lagi maka dia memeluk Islam…hebat tak kuasa SUJUD?



Sebenarnya:-



1. SUJUD PERTAMA tanda TAAT (PERINTAH ALLAH)



2. SUJUD KEDUA tanda SYUKUR (HAMBA KEPADA ALLAH)



Dalam khutbah Ramadhan Nabi s.a.w bersabda::



"Punggung-punggung kalian sudah berat menanggung dosa-dosa kalian. Ringankan lah beban kalian dengan memperbanyakkan sujud."



“Hendaklah kamu bersujud kepada Allah kerana sungguh tiada sekali engkau bersujud melainkan dengannya Allah mengangkat satu darjat dan menghapuskan satu dosa (kesalahan) darimu” ,(HR Muslim)



Firman Allah SWT yang bermaksud:-



” Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar” 



(Surah Al-Ankabut ayat:45)



Dari Sudut 
Tasawuf





Sujud adalah waktu di mana seorang hamba itu paling hampir dengan Penciptanya. Pergerakan sujud itu secara lahirnya telah menunjukkan “rasa menghina dirinya” seseorang hamba itu di depan Tuhannya di dalam keadaan menyerah diri, pasrah, berikrar dan mengaku bahawa:




“Ya Allah hanya Engkaulah Tuhan yang layak disembah, ditakuti, dicintai dan hanya pada-Mu sahajalah tempat berserah dan memohon pertolongan”.




Seorang sahabat Nabi SAW iaitu Huzaifah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:-




“Tiadalah keadaan seorang hamba yang paling disukai oleh Allah daripada Dia melihat hamba-Nya itu di dalam keadaan bersujud, dengan meletakkan mukanya di tanah"



( sebagai tamsilan tunduk, pasrah dan rasa hina seorang hamba kepada Allah)”. 


(Hadis Riwayat Imam Tabrani).



Firman Allah SWT yang bermaksud:- 




” Sesungguhnya orang-orang yang beriman dengan ayat Kami ialah orang yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat Kami mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhan dan mereka tidak menyombongkan diri” 


(Surah As-Sajadah ayat 15).



Sujud bererti seseorang itu telah meletakkan wajahnya ditempat yang paling rendah di atas tanah ini bermakna ia telah meletakkan seluruh dirinya di atas tanah, mengingatkan dirinya terhadap punca asal kejadian manusia itu dari tanah dan mengembalikan dirinya kepada tanah. 





Apabila ia telah sanggup menghantar dahinya dan juga dirinya ke tempat yang hina maka tidak mungkin ia akan bersikap sombong lagi terhadap 



Allah yang menciptakan dirinya dari tanah itu.



Maka setiap kali sujud sewajarnya seseorang itu sentiasa ia mengingati akan mati, apabila ia ingat akan mati maka terasa seolah-olah bahawa solatnya itu sebagai solat penghabisan kerana ia akan menghantarkan dirinya ke tanah. 




Ia merasakan bahawa setiap kali ia sujud seolah-olah ia tidak akan bangun lagi. Sedangkan kematian itu merupakan pintu bagi seseorang memasuki gerbang akhirat.




Dalam keadaan demikian maka hati akan merasa gerun dan merasai kebesaran Allah dan ketika itulah ia membaharui lagi di dalam hatinya untuk mensucikan Zat Allah Yang Maha Tinggi disamping lidah tidak bertulang mengucapkan, “Subhana Rabbial- A’la wa-Bihamdih”.




Islam itu kan indah.. 




Solat itu sempurnakan dan berikan kebaikan kepada Hambanya zahir dan batin. Bila kita sempurnakan hak Allah (solat) , 




Dia akan menyempurnakan hak kita sebagai hamba (hikmah dan kebaikan ).


TRANSLATION


Secret of prayer prostration

Do we pray 5 times a day, 17 PRAYER has happened 34 times PROSTRATE. In it there is wisdom contained in 1001. Among them: -


A member of the American brain nerve Science, Dr. Fidelma O'Leary claimed that some of the nerves in the human brain can not be touched by the blood from the heart because the heart's position is not strong enough to breast-ready to accommodate the human brain. Brain when in dire need of oxygen and blood supply in order to function normally. 



She studied from a long period of time to find answers. Studied more seriously eventually she got the answer that the blood will flow every inch perfect to the human brain when a person is doing prostrations as done by Muslims in prayer. When this happens, the brain is able to supply sufficient blood and oxygen then let prevent various kinds of diseases such as stress, migraine, stroke, brain refresh and sharpen the mind at the same time strengthen our mentality (especially when bow Fajr time). Can also improve the position of children in the womb ... etc..


Most AMAZINGLY then when she embraced Islam ... the great power of PROSTRATION!


The truth is: -


1. FIRST PROSTRATE sign obedient (to Allah)


2. SECOND PROSTRATE sign THANKSGIVING (SLAVE TO ALLAH)


In a Ramadan sermon s.a.w Prophet said:,


You have to bear the weight of your sins. Lighten the load is to increase the prostration you.

"Be prostrate to Allah as though no one except with Allah prostrate thou lift up one rank and eliminate a sin (errors) from you", (Narrated by Muslim)

Allah says, which means: -

"Indeed prayer restrains from shameful and evil deeds" (Surah Al-Ankabut verse: 45)

From the angle of Sufism

Prostration is the time in which a slave is closest to his Creator. Have the appearance of the bow movement has shown "feel insulted himself" a servant in front of his Lord in a state of surrender, succumb, pledge and declare that "O Allah Thou only God should be worshiped, feared, loved, and You alone, only in place trust and ask for help ".

A companion of the Prophet of Allah be pleased with him, said that Allah said: - "There is not a slave state most loved by Allah from His slaves He saw that in the state of prostration, by putting his face on the ground



(As analogously bow, resigned and contempt of a servant of Allah) ". (Narrated by Imam Tabrani).


Allah says, which means: - "Those who believe in Our Signs are those who, when reminded of the verses of them fall down prostrate, and we celebrate the praises of Allah  and they are not arrogant" (Surah Al-Sajadah verse 15).


Prostration means a person has put his face the lowest place on earth that means it has placed on the ground around him, reminding him of the cause of the origin of man from the earth  and restore him to the ground. When it was willing to submit himself to his forehead and a dishonourable then maybe it would be arrogant to Allah who created him from the earth.


So every time a person should bow always it remembers going to die, when he remembered going to die then feel as if that prayer is a prayer efflux because it will send him to the ground. It is felt that whenever he bows down as if it will never wake up again. While death is the door for someone entering the next gate.


In such a case the liver will have faltered and feel the greatness of God and then that it renewed again in his heart to purify the Essence of Allah, the Most High, as well as bony tongue to say, "Subhana Rabbial-A'la wa-Bihamdih". Islam is beautiful huh .. The complete prayer and give benefits to servants outward and inward. When we fulfill the rights of Allah (prayers), he will be completing our rights as a slave (wisdom and goodness).

No comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...