Saturday, October 26, 2013

MARI KITA JADI MAGNET WANG!












THE ADORABLE IRON LADY



-by YBhg Datuk Dr Maznah Hamid



"For last year's words belong to last year's 
language.    And next year's words await another 
voice.  And to make an end is to make a beginning."
~T.S. Eliot











MARI KITA JADI MAGNET WANG!


Adakah anda ingin menjadi magnet wang?


Money Magnet!


Ilmu pertama yang perlu kita pelajari ialah The Universal Law of Attraction. Undang2 alam daya tarikan. 


Guru saya orang Canada. Hingga ke Canada nak menuntut ilmu magnet wang ini!... berikut saya kongsikan beberapa langkah permulaan yang perlu kita segera ambil.


1. Hapuskan dari pemikiran apa jua kepercayaan mengenai kekurangan wang.


2. Hapuskan kepercayaan ‘sukarnya nak cari wang’


3. Hapuskan kepercayaan hanya kerja2 sukar dan mustahil saja yg boleh buat wang.


4. Hapuskan kepercayaan anda mengenai HUTANG DAN KERUGIAN! Kerana ianya amatlah sial dan membinasakan.


5. Hapuskan pemikiran dan percakapan ‘aku tak mampu’. Terlalu mahal! Aku takkan pernah MAMPU! 


Hapuskan! Singkirkan dari pemikiran dan kepercayaan anda!


6. Buka minda anda untuk menerima! Menarik WANG dari pelbagai sumber & arah. 


Ganjaran dalam perbagai bentuk. Pasti yang HALAL. 


Ok hari ini cuba kita praktikkan. 


Hapuskan semua kepercayaan2 ini dari pemikiran dan amalan kita ya! 


Selamat mencuba! 


Rasai, Hayati perbezaannya...!







Setelah kita menghapus semua kepercayaan2 negatif dan tidak membina dari pemikiran dan amalan kita. Langkah bijak seterusnya ialah... 


7. Kita mulakan hari ini dengan penuh rasa kasih. Bersyukur. Menghargai walau sebanyak manapun wang yang kita ada. 


Katakan pada diri anda. ( ni cara guru org. Puteh ajar la):


Wang adalah Bagus. 
Wang amat penting. 
Saya sukakan Wang! 
Dan Wang juga sukakan saya. 
Wang akan dapat membantu saya untuk Membantu orang lain. Ulang x 2.


Dari sudut psikologi, ianya secara langsung akan menghantar
signal. 


Isyarat kepada minda kita dan dunia di sekitar untuk menarik dan menghantar lebih banyak wang dari pelbagai sumber termasuk ganjaran-ganjaran yang tidak kita jangka.


8. Hapuskan dari pemikiran anda apa jua perasaan geram 
dan marah. Kutukan dan kritikan pada orang KAYA Dan BERJAYA.


Kerana pemikiran begini tidak akan membantu "apapun"
dan WANG JUGA AKAN LARI JAUH DARI ANDA.


Percayalah!

Kerana ianya berlawanan dengan hukum alam. Undang2 tarikan!


9. Hargai kekayaan dan kemewahan orang lain dengan menyatakan kekaguman dan  sanjungan apabila melihat sesuatu yang anda ingin terjadi pada diri anda. 


Berdoa dan bersyukur pada tuhan utk diri anda dan orang yg anda ingin ' Jadi' itu.



10.  Sentiasa bersyukur dan menghargai berapa banyak wang yang anda ada.



Sikap ini akan menarik lebih banyak WANG ke dalam hidup anda dan berpotensi untuk menggandakannya.



11.Hargai dan syukurilah setiap sen dan ringgit yang anda perolehi kerana ianya adalah rezeki.



12.  Kasihi dirimu dan letakkan dirimu terlebih dahulu.  Bantu  dirimu dahulu supaya berupaya membantu orang lain.


13.  Ingatlah untuk membayar dirimu terlebih dahulu.  Bayar hutang setelah bayar anda dulu.  


Sikap ini akan memberi isyarat pada minda separuh sedar kita dan seluruh dunia bahawa diri anda diletakkan terlebih dahulu dan anda memang berhak dan layak menikmati kekayaan.



14.  Yakinlah bahawa anda dilahirkan ke dunia untuk mencipta kejayaan dan kekayaan sekiranya anda benar-benar berusaha memperolehinya.







ºBAYANGKAN KIRANYA ANDA TELAH JADI 
'KAYA'º  




Sahabat ku. 




Selamat datang ke hari yang penuh bermakna ini. 




15. Mari kita sama2 bayangkan bagaimana agaknya 

kita akan menggunakan kekayaan yang kita miliki 

secara bijaksana.





Bayangkan membeli rumah besar. 



Kereta ferrari idaman anda.



Bawa ibubapa ke mekah.! 



Bayangkan berapa ramai yg. boleh kita gembirakan! 



Hapuskan terus pemikiran 'SAYA TAK MAMPU'. 


16. Psycho pemikiran anda. Daripada bimbangkan 


mengenai masalah kewangan ......... 




Mari kita ' Bimbangkan' mengenai nak belanjakan 

wang-wang yang banyak datang dari pelbagai 

sumber. 



Untuk menggembirakan hati anda. 




Keluarga. 


Bersedekah. 


Berzakat. 


Membina masjid! 


Bayangkan! 



'Bimbangkan' betul2 Wang yang banyak ni cam mana 

nak dibelanjakan.




17. Cuba anda 'Lakonkan sebaik mungkin' seolah2 

anda telah benar-benar menjadi 'KAYA"  DAN 

'JUTAWAN'.


Tanya diri anda. 



Apa dan bagaimana agaknya seorang jutawan 

'Berfikir'.........'Bercakap' dalam situasi ini. 



Kemudian berfikir dan bercakap dari mindset seorang ' 

jutawan'. 



Adakah pemikiran dan bahasanya sepertimana 'diri' 

anda yang sebenarnya?!






BAYANGKAN ANDA TELAH MENJADI MAGNET WANG. 
Bagaimana perasaan dan mindset anda hari ini? 
18. Teruslah memberitahu diri anda berkali2 



'Sesungguhnya tidak sukar bagi ku utk buat atau 

mendapatkan wang sejumlah yg. saya perlukan'.




19. Setiap hari beritahu diri anda. 



'Saya adalah magnet wang' 

saya berupaya menarik wang seperti MAGNET. 

Lebih mudah. 

Lebih pantas. 

Tanpa sengsara dengan seronoknya. 

Wang akan datang pada ku dari pelbagai sumber dan arah 

seperti durian runtuh. 



20. Rahsianya. 



Pemikiran separuh sedar 'subconscious mind' akan bertindak 

balas terhadap jumlah wang. 




Sebab itu amatlah penting utk mengira jumlah wang yg. 

Anda nak 'Tarik' ke dalam hidup anda 'secukupnya'! 




Lukiskan. 



Gambarkan jumlahnya besar-besar dalam Kertas . 




Gantung! Lekatkan dan simpan jumlah itu didalam dompet 

anda supaya sentiasa mengingati jumlahnya.




21. Terus memberitahu diri anda berkali2 bahawa anda 


telah berupaya menarik jumlah wang yg. Dikehendaki 

dengan mudah. 



Tidak sukar dan amat menyeronokkan! 




22. Sebaik saja kita praktikkan langkah-langkah di atas. 



Anda mula menarik lebih banyak wang ke dalam hidup 

anda.



 Secara mudah! Macam magnet. 



BAYANGKAN! 



Rasainya dengan urat saraf anda! 



Anda semakin hampir dengan sejumlah wang yang anda 

idamkan! 



Masukkan jumlah wang itu ke dalam minda separuh sedar 

anda! 



APA TINDAKAN ANDA SETERUSNYA..? 





YA ALLAH KAU KABULKANLAH DOA DAN USAHA KU 


INI! 



Klik 'LIKE'......  share dengan rakan kita diluar sana!




No comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...