Thursday, October 24, 2013

SALING BERMAAFAN INTERAKSI ORANG BERTAMADUN





































Memetik journal nukilan Dr Theresa J Knight dan L Challis Jensen, cuba latih fikiran dengan mengatakan:



*  Saya memaafkan kerana saya komited untuk hidup dan menyayangi orang lain dengan hati terbuka.



*  Saya memaafkan kerana tiada siapa yang sempurna.  Kita semua pernah terluka dan melukai orang lain.




*  Saya memaafkan kerana ia memberi kuasa kepada saya untuk menikmati kehidupan saat ini.  Saya tidak boleh mengubah masa lalu atau insan yang pernah menyakiti saya.








*  Saya memaafkan kerana saya mahu hidup dengan aman dan mencintai insan lain tanpa konflik.  Saya terima bahawa setiap pengalaman dan cabaran dalam perhubungan adalah untuk mengajar saya mendalami erti kehidupan serta kasih sayang.




*  Saya memaafkan kerana percaya pada kuasa kasih sayang dan keupayaan untuk sembuh, lalu berubah ke arah lebih baik.




*  Saya memaafkan sebagai tindakan ke atas rasa sayang dan hormat pada diri sendiri.











No comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...