Sunday, October 13, 2013

TOMATOES MEMBANTU MENGUBATI KESEDIHAN DAN KEMURUNGAN















Beijing: Amalan memakan tomato sekurang-kurangnya sebiji sehari boleh membantu mengubati kesedihan dan mengurangkan kemurungan sehingga 52 peratus, lapor satu kajian.



Penyelidik dari Universiti Perubatan Tianjin Dr Kaijun Niu, berkata, kajian yang dijalankan mendapati tomato memberikan kesan yang hebat untuk mengatasi kemurungan. 



Sayuran ini dipenuhi lycopene yang mampu mengurangkan ketegangan dan memberi perlindungan kepada beberapa penyakit kronik seperti serangan jantung dan barah kepada mereka yang mengamalkannya.




Ramai orang mengamalkan makan salad dan menyangka sayuran ini banyak khasiat tetapi tomato mempunyai kandungan bahan yang jauh lebih hebat untuk membantu mengekalkan kesihatan, katanya.





Kaijun berkata walaupun sebab sebenar tidak dapat dijelaskan penyelidikan kesihatan mental ke atas 1,000 responden berusia 70 tahun di Jepun mendapati, mereka yang makan sekurang-kurangnya dua biji tomato seminggu hidup lebih gembira berbanding kelompok yang tidak mengamalkannya.





Tomato Kaya Pelbagai Khasiat.


Pengambilan buah tomato dalam diet pemakanan sehari amat baik untuk kesihatan kerana ia mengandungi pelbagai khasiat untuk tubuh badan manusia.



Pegawai Pemakanan Institut Sukan Negara (ISN) Noor Faezah Abdul Jalil 27, berkata, buah-buahan berwarna seperti tomato dan lobak kaya dengan antioksida dan vitamin C.

"Selain itu, tomato juga mempunyai kandungan vitamin A yang lebih baik untuk mata serta kaya dengan serat bagi melancarkan proses penghadaman."


"Satu lagi khasiat tomato yang paling sinonim dengan wanita ialah mampu melicinkan kulit dan menjadikan wajah lebih bersih" ujar Noor Faezah ketika dihubungi Kosmo.


Mmenurut beliau, kandungan likopena aitu karotenoid dalam buah tomato menyebabkan ia berwarna merah.  Karotenoid menrupakan sebatian semula jadi yang bertindak sebagai bahan antioksida untuk menyingkirkan toksin dalam badan.



Tambah Noor Faezah, semua buah-buahan dan sayur-sayuran mempunyai banyak kandungan vitamin dan mineral, tetapi rendah kalori.  Lantaran itulah, setiap individu yang mahu tampil sihat disarankan untuk melebihkan pengambilan sayur dan buah-buahan.



"Buah tomati contohnya, boleh dicampur dengan sayuran lain untuk dinikmati sebagai salad dan dimakan mentah bagi memperoleh khasiat yang lebih baik".



"Jika dijadikan bahan dalam masakan, sebaiknya buah tomato jangan dimasak terlalu lama kerana ia boleh menjejaskan nutrien yang ada di dalamnya," terang Noor Faezah.



Bagi tujuan eksperimen kecantikan pula, tomato menjadi antara bahan penting dan mudah digunakan oleh sesiapa sahaja tanpa perlu khidmat spa profesional.



Selepas pulang bekerja dan membersihkan 'diri' anda boleh meletakkan hirisan tomato di mata sambil merehatkan badan.



Jika rajin, lumur tomato yg sudah dilenyek pada bahagian wajah ebelum dibilas dengan air.



Dua langkah mudah ini jika dilakukan secara konsisten, mampu mengembalikan keceriaan dan ketegangan kulit wajah sekali gus tampil penuh keyakinan dihadapan khalayak.                                                                                  



No comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...