Thursday, June 7, 2012

DO NOW DIE LATER








Salam kekayaan

Menghantar anak perempuan ku yang cantik manis lagi bijaksana ke Uitm Arau.

Segala-galanya sempurna dan dipermudahkan olehNya.

Budak perempuan ni pun pelik.  Semuanya okey baginya dan dia sungguh gembira mendaftar masuk ke u ini dan tak sabar-sabar lagi untuk menghadiri kuliah.  Macam nak lari dari rumah ajer...

Balik KL aje bermulalah masalah, sudah seminggu ibu dan ayah tidur tak lena, makan tak kenyang dan mandi tak basah teringatkan buah hati tersayang berada jauh di utara.  Sabar je ler.

Anakku sayang, ingatlah pesan ibu ini:

Jangan aniaya orang - dosa aniaya orang ikut sampai ke anak cucu. Janji Allah benar.  Jika dosa ini dibawa ke hari pembalasan kita tidak akan tertanggung.  What lies in our power to do lies in our power not to do.

Kuatkan saranan ini di mindamu

Lillahi Taala.

Ikhlaskan semuanya kerana Allah Taala.

"Whatever I believe I will achieve"

"Tidak ada sesiapa pun yang boleh merosakkan kehidupanku kerna kehidupanku berada di pemikiranku"

 Jika ada orang yang memperlekehkan kamu dan berkata "awak tidak bagus", jangan ambil hati.

Katakanlah

"Apa yang awak fikir pasal saya itu bukan urusan saya, saya yakin setiap kebaikan yang dilakukan kerana Allah  bernilai tinggi  di sisiNya.  Dan semakin saya bertaqwa kepadaNya semakin dekat saya dengan Allah .Semakin dekat  dengan Allah semakin mulia di sisi Allah.  Dan walau sebanyak mana pun awak ingin menghancurkan saya, jika Allah tidak mengizinkan perkara itu tidak akan berlaku".

Jika kita mempunyai fikiran begitu kita akan menjadi seorang yang positif.

Menguatkan sistem pertahanan diri

1.  Keep your blood liquid enough water
2.  exercise enough for blood  creation and hormone secretion.
3.  enough protein for growth
4.  enough good sleep for your human growth hormone.

Nak cantik dan awet muda?  Just do it.

And vanish those  Two Deadly Words ( "Saya Letih" Dan "Saya Tidak Sihat")
from your memory.

Bagaimana untuk mengatasi orang yang tidak bersemangat

Dua perkataan tidak boleh disebut iaitu "saya letih" dan "saya tidak sihat"

Jika kita sebut dua perkataan tadi maka 50% tenaga kita akan turun kerana tindakbalas negatif akan terhasil dari minda kita.  Oleh sebab itu diri kita akan merasa tidak seronok sahaja.

Cari makna signifikan tentang apa yang kita buat sebenarnya.  Orang yang selalu tidak bersemangat kerana dia tidak tahu makna dan tujuan hidupnya.

Seseorang yang berjaya dalam kehidupan adalah seseorang yang fokus terhadap apa yang diinginkan dan bukannya fokus kepada apa yang telah dapat dan ada.

Jika hanya fokus kepada  apa yang telah ada ianya seolah-olah menjadikan apa yang telah ada itu sebagai masalah.

Tumpukan kepada visi dan matlamat yang kita inginkan dan kita akan dapati jika berlaku sebarang masalah kita akan merasakan permasalahan itu sebagai suatu yang remeh.

Ini adalah petikan kata-kata orang cerdik pandai  yang ibu jadikan mentor ibu yang amat dihormati iaitu prof Dr Muhaya di dalam bukunya Bahagia dan Membahagiakan. Silalah dapatkan buku ini di kedai buku, bagus dihadiahkan kepada anak-anak.

Apabila bertemu Prof di pameran buku di KL, ibu memperkenalkan anak bertuah itu kepada Prof

"Prof ini anak saya.  Dia nak jadi sarjana macam Prof"

"Cantiknya, macam model tudung muslimah"

Malunya dia sampai merah mukanya.

Prof pun tandatangan buku yang dibeli ditujukan kepada "Dr Aishah"

"Dia hanya nak jadi sarjana saja Prof, tinggi tu nak sampai Dr"

Prof tersenyum manis

"Kalau kita hendakkan sesuatu kita mesti fikirkan yang tertinggi sekali, baru kita boleh dapat yang tertinggi atau sedikit di bawahnya.  Dan yang penting sekali kita mesti fikirkan kita telahpun mendapatnnya".

Wah hebatnya.

I like, I like.

Komen anak bertuah

"Prof tu macam ibu, bercakap lemah lembut dan cantik"

"La, ibu sebenarnya nak memahami pemikiran Prof tu,  dan nanti bolehlah ibu berkongsi apa yang baik dengan kawan-kawan ibu"

Doa ibu semoga anakku menjadi sarjana yang berjasa  kepada ibu pertiwi, ugama dan bangsanya,  terdidiknya wanita terdidiklah bangsanya.  Semoga pengorbanan ini tidak sia-sia. ameen.



No comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...