Saturday, August 10, 2013

8 CIRI KECANTIKKAN LELAKI UMPHHHH!




























JIKA ingin memikat wanita, lelaki akan memandang pada kecantikan, peribadi serta status sosialnya.  Bagi wanita pula, mereka mempunyai beberapa kriteria tersendiri dalam memilih seseorang lelaki untuk dijadikan sebagai pasangan.



Wahai lelaki, adakah anda memiliki beberapa kriteria ini untuk menarik perhatian wanita?  Disenaraikan lapan ciri-ciri lelaki yang menjadi dambaan wanita.


1.PERCAYA DIRI


Keyakinan diri adalah kualiti penting sering yang dicari oleh wanita.  Lakukan sesuatu perkara itu dengan terbaik.  Paling penting, jangan memperkecilkan kelemahan diri sendiri.  Ada yang menyerah kalah sebelum berbuat apa-apa.  Ini bukanlah sifat lelaki yang sejati.  Sebaliknya anda harus berikan alasan kukuh, kenapa anda tidak boleh lakukan.  Penting untuk berlatih bersungguh-sungguh tanpa mengenal erti putus asa dan sentiasa berfikiran positif.



2.KELAKAR



Jangan bercakap terlalu serius atau ketawa yang dibuat-buat.  Sifat semulajadi kaum wanita adalah mereka sering berada dalam situasi emosi yang tidak stabil, jadi di sini peranan lelaki dalam menceriakan kembali diri mereka.  Ingat untuk menjadi seorang yang kelakar tidak semestinya anda membuat lawak bodoh.



3.  ROMANTIK



Wanita sebenarnya menginginkan seorang yang romantik.  Tapi romantik bukanya gatal atau miang.  Lelaki yang romantik adalah pandai mengambil hati dan bijak menggunakan kata-kata, suka mengambil berat dan penyayang.  Ia menjadi salah satu aspek yang menarik perhatian wanita.  Biar pun mereka kelihatan agresif, namun, dalam hal teman lelaki kebanyakkannya memilih yang romantik.



4.  WANG



Tidak disangkal lagi bahawa wanita adalah materialistik atau mata duitan.  Mereka mahukan lelaki yang berjaya dan mempunyai wang yang banak.  Selain bekerja, anda juga boleh bergaul dengan orang kaya atau ternama yang mungkin boleh membantu anda menjadi kaya suatu hari nanti.



5.  BIJAK



Wanita sering mengimpikan  seorang lelaki yang berpendidikan dan bijak.  Jika anda berasakan anda kurang bijak , mingkin anda boleh melanjutkan pelajaran.  Luangkan masa anda mendengar berita dan rajin mengisi teka silang kata supaya tampak berilmu.  Wanita suka lelaki yang bijak dan suka membaca.



6.  SENSITIF



Setiap kali pasangan anda bercakap, berilah perhatian sambil memandang bola mata hitamnya.  Malah mungkin anda boleh berkata "saya memahami perasaan awak" namun anda jangan pula terlalu sensitif kerana sebagai tempat berlindung tentunya mereka memerlukan pohon yang kukuh.



7.  SUKA KANAK-KANAK



Wanita menganggap seorang lelaki yang bijak adalah berpengetahuan luas dalam semua bidang termasuk menjaga kanak-kanak.  Hati wanita mudah tersentuh dengan lelaki yang sukakan kanak-kanak.  Apabila si dia membelai kanak-kanak yang ditemuinya, anda memberikan perhatian kepadanya.  Setelah itu, anda pula mendukung sambil mengagah kanak-kanak itu.  Ini membuktikan anda layak menjadi bapa   yang penyayang.



8.  MENJAGA PENAMPILAN



Lelaki juga perlu mengambil tahu dalam merawat atau memanjakan tubuh.  Bagi yang mempunyai.  kulit berminyak, lakukan perawatan bagi mengelakkan jerawat atau penyakit kulit yang lain.



Selain berpakaian kemas dan sesuai, kebersihan tubuh juga hendaklah diberi tumpuan.  Kuku hendaklah dipotong rapi dan bersih.  Pendek kata, kebersihan tubuh mesti dijaga kerana ia memberikan kesan kepada hubungan anda.

No comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...