Tuesday, August 20, 2013



Hubungan Seks Kerap Membuat Anda Kelihatan Muda







 Ingin memperkatakan tentang faedah hubungan kelamin suami isteri atau hubungan seks yang dapat memberikan pelbagai faedah kepada mereka yang berkahwin.  



Sememangnya pernikahan yang halal itu memberikan banyak kebaikan kepada manusia. 



Antaranya ialah, dapat mencantikkan kulit atau tidak makan dek usia.


Bagaimana boleh dikatakan demikian?



Mari kita sama-sama membaca artikel dari Kompas.com ini:




Kulit yang cantik, cerah dan awet muda, ternyata tidak cuma boleh didapatkan melalui aneka rawatan yang mahal.  



Dr David Weeks, seorang ahli psikologi klinikal di England, mendedahkan bahawa seks secara rutin boleh membuat anda kelihatan lebih muda.



Kajian terbaru yang dilakukan bekas ketua ahli psikologi di Royal Edinburgh Hospital ini mendedahkan bahawa dengan kehidupan seks yang aktif, lelaki dan perempuan matang boleh kelihatan lebih muda antara 5 hingga 10 tahun.



Bagaimana cara seks meremajakan kulit?



1.  Pengeluaran molekul "anti-aging" meningkat 



Ketika sedang berhubungan seks, anda akan mengeluarkan molekul anti-peradangan seperti oxytocin dan beta endorfin kata dermatologi, Dr Amy Wechler.


Sebenarnya tanpa aktiviti seks, molekul ini akan tetap dihasilkan.  Namun seiring berjalanya usia, kemampuan kulit untuk melakukan perbaikan ini terus menurun.


Salah satu jalan untuk mempercepatkan pengeluaran molekkul ini adalah dengan seks.


Selain seks, aktiviti lain yang membantu melepaskan hormon oksitosin adalah melahirkan.


2.  Kulit jadi lebih bersinar.


Perunding seks, Amy Levine, mendedahkan bahawa hubungan seksual akan menigkatkan sistem kekebalan tubuh, mencegah stagnasi, membolehkan kita merasa lebih hidup dan membantu mengeluarkan keringat serta racun dari liang tubuh.



"Semua proses dan aktiviti selama seks ini diterjemahkan dalam ekspresi wajah (selama seks).  Akhirnya ini akan memberikan pancaran chahaya ke kulit pascahubungan seks, dan mungkin akan membantu menanggal keriput" kata Levine.


Jangan juga kesat keringat yang keluar semasa sedang bercinta Dr Wechler mendedahkan bahawa dengan berpeluh kulit akan jadi lebih bercahaya kerana adanya peningkatan peredaran darah.  



Peningkatan peredaran inilah yang membuat kulit jadi berubah memerah segar.



3.  Mencegah kulit kering



Selain merangsang pengeluarn oksitosin, bercinta secara rutin boleh meningkatkan kadar estrogen dalam tubuh.  Estrogen akan menghalang kekeringan dan meningkatkan keanjalan kulit. Apalagi jika disokong dengan penggunaan pelembab harian yang tepat.



4.  Menghilangkan jerawat


Orang yang mempunyai seks yang berjadual biasanya mempunyai irama tidur yang lebih baik. 


Dan anda pasti tahu kalau rehat malam yang baik boleh membantu merawat kulit, dan mengelakkan terbentuknya jerawat.


"Jerawat terjadi ketika orang sedang stress atau kurang tidur.  Apabila pengeluaran molekul antiperadangan terbentuk setelah berhubungan, hal ini juga akan membantu merawat jerawat" kata Dr Wechsler.



Dr Wechsler mengesyorkan untuk berhubungan 2 - 3 kali seminggu agar kelihatan muda.  Namun seksologis, Dr Jill McDevitt, mendedahkan bahawa sebaiknya orang boleh bercinta sekerap dan sebanyak mereka suka.


"Namun, bukan hanya kerana ingin membuat anda lebih muda, melainkan juga alasan lain yang lebih personal" ungkapnya.........




No comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...