Friday, August 23, 2013






Berpuasa bukan sahaja kerana Allah dan kita mandapat ganjaran dariNya bahkan baik dari segi kesihatan.tak percaya??


Kelebihan Puasa Dari Sudut Kesihatan


BULAN Ramadhan yang mulia ini iaitu ibadah puasa banyak mendatangkan kebaikan untuk umat Islam di akhirat jika diamalkan dengan sempurna dan penuh keinsafan. 



puasa memiliki banyak hikmah dan manfaat untuk tubuh, ketenangan jiwa, dan kecantikan.



Semasa berpuasa, organ-organ tubuh dapat beristirehat dan sel dalam tubuh boleh berkumpul untuk bertahan. 



Puasa juga boleh mengeluarkan kotoran, toksin/racun dari dalam tubuh, meremajakan sel-sel tubuh dan menggantikan sel-sel tubuh yang sudah rosak dengan yang baru serta untuk memperbaiki fungsi hormon, menjadikan kulit sihat dan meningkatkan daya tahan tubuh kerana manusia mempunyai kemampuan terapi secara semulajadi.



Puasa dapat membuat kulit menjadi segar, sihat, lembut, dan berseri. Kerana setiap saat tubuh mengalami metabolisme tenaga, iaitu peristiwa perubahan dari energi yang terkandung dalam zat gizi menjadi tenaga potensi dalam tubuh. 




Sisanya akan disimpan di dalam tubuh, sel ginjal, sel kulit dan kelopak mata serta dalam bentuk lemak dan glikogen.


Beberapa cendekiawan telah melakukan beberapa ujian tentang puasa diantaranya secara ringkas dibawah ini:


Allan Cott, M.D.


Seorang pakar dari Amerika Syarikat, telah menghimpun hasil pengamatan dan penelitian para ilmuwan berbagai negara, lalu menghimpunnya dalam sebuah buku Why Fast iaitu berbagai hikmah puasa, antara lain:



a. To feel better physically and mentally (merasa lebih baik secara fizikal dan mental).


b. To look and feel younger (merasa lebih muda).


c. To clean out the body (membersihkan badan)


d. To lower blood pressure and cholesterol levels (menurunkan tekanan darah dan kadar lemak)


e. To get more out of sex (lebih mampu mengendalikan seks).


f. To let the body heal itself (membuat badan sihat dengan sendirinya).


g. To relieve tension (mengendurkan ketegangan jiwa).


h. To sharp the senses (menajamkan fungsi sense).


i. To gain control of oneself (memperolehi kemampuan mengendalikan diri sendiri).


j. To slow the aging process (memperlambat proses penuaan).




Muzam MG, Ali M.N dan Husain


Berpendapat bahawa puasa juga selamat untuk pesakit yang mempunyai gangguan ulser. 



Penelitian dilakukan oleh Muzam MG, Ali M.N dan Husain dalam tindakan terhadap kesan puasa ramadhan terhadap sakit perut.




Dr Sabah al-Baqir dan kawan-kawan



Mengatakan bahawa puasa dapat mengurangi jumlah hormon melawan stress. Dia bersama kumpulan dari Falkuti kedoktoran Universiti King Saud yang melakukan studi terhadap hormon prolaktin, insulin dan kortisol, pada tujuh orang laki-laki yang berpuasa sebagai sampel. 



Hasilnya bahawa tidak ada perubahan signifikan pada level kortisol. Prolaktin, dan insulin. 


Ini menunjukkan bahawa puasa bulan ramadhan bukanlah pekerjaan yang memberatkan, dan tidak mengakibatkan tekanan mental maupun saraf.




Dr Riyadh Sulaiman dan kawan-kawan




Tahun 1990 dari RS Universiti King Khalid, Riyadh Saudi melakukan penelitian terhadap pengaruh puasa Ramadhan terhadap 47 penderita diabetes tahap kedua (pesakit yang tidak tergantung insulin). 



Dan sejumlah orang sihat. Hasil penelitian menunjukkan bahawa puasa bulan ramadhan tidak menimbulkan penurunan berat badan yang signifikan. 


Tidak ada pengaruh apapun yang bererti pada kawalan penyakit diabetes  dikalangan penderita ini.


Sejauh ini puasa Ramadhan selamat sahaja bagi penderita diabetes sejauh dilakukan dengan kesedaran dan kawalan makanan serta ubat-ubatan

No comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...