Thursday, September 5, 2013

ELAK 3 KESALAHAN INI






SEMAKIN ramai orang sekarang menggunakan laman sesoal Facebook sebagai medium pemasaran untuk menjual produk dan perkhidmatan yang mereka tawarkan.  Namun, sangat menyedihkan apabila Facebook menjadi satu medan membanjirkan atau 'spam'  untuk jual produk mereka.


Jika anda seorang usahawan yang ingin membina perniagaan untuk tempoh masa yang lama, anda perlu menggunakan Facebook dengan lebih berhati-hati dan mengelakkan tiga kesalahan utama yang saya akan terangkan di bawah:


Facebook bukan tempat Untuk Membuat Jualan



Orang yang anda jemput untuk 'Like' laman Facebook anda pasti tidak suka jika  apa yang  anda berikan kepada mereka  ialah iklan semata-mata. Tidak siapa suka untuk jika disumbatkan dengan iklan setiap hari.



Pelanggan nda ingin mengetahui daripada anda  sesuatu yang mereka boleh gunakan dalam kehidupan mereka.  Contohnya, jika anda seorang penjual pakaian kanak-kanak, mungkin anda boleh memberikan mereka tip penjagaan  kanak-kanak atau kaedah menyelesaikan masalah kesihatan yang dihadapi oleh kanak-kanak.



Jika anda menjual kosmetik pula, mungkin anda boleh penuhkan Facebook anda dengan tip kecantikkan untuk wanita dan dan dengan petua-petua berguna .



Dengan cara begini mereka ternanti-nanti tip daripada anda.  Hanya 1/6 daripada status anda boleh dibuat untuk pengiklanan.



Facebook Bukan Jalan Sehala



Jika pada zaman dahulu semua syarikat membuat iklan yang sehala.  Sehala bermaksud, pelanggan tidak dapat memberi maklum balas atau mengkritik syarikat ini.


Namun pemasaran Internet hari ini nyata berbeza.  Terutama apabila adanya Facebook dan Twitter di mana  pemasaran menjadi jalan dua hala antara penjual dan pembeli.


Jika anda sekadar bercakap menyuruh orang membeli mungkin ada 1 atau 2 orang yang membeli, namun untuk ramai orang membeli daripad anda, anda perlu bercakap bersama mereka.


Bercakap bersama mereka ialah anda perlu berada di dalam perbincangan mereka.


Untuk berada di pihak atas dalam perbincangan ini, anda perlu banyak ilmu yang berkaitan dengan bidang perniagaan anda.


Dalam era ini juga, pelanggan mempunyai ruang untuk mengkritik perniagaan anda dan kritikan ini perlu dijawab dengan bijak.


Anda tidak boleh tidak menjawabnya  dan anda tidak boleh menjawabnya dengan emosi.


Anda perlu menjawab dengan bijak supaya pelanggan anda yang mengkritik  (dan beribu orang lain yang melihat perbiatan ini) akan lebih mempercayai anda.


Facebook (Untuk Medan Perniagaan) Bukan Medan Bercakap Mengenai Anda


Orang yang berada di dalam Facebook anda tidak berminat dengan dengan masalah perniagaan atau lebih teruk masalah peribadi yang anda hadapi.  Mereka lebih berminat  mengenai bagaimana produk anda  dapat menyelesaikan masalah mereka.


Mereka tidak mahu tahu bahawa anda 'tersangkut dalam traffic jammed' atau mengenai masalah yang  anda hadapi dengan pekerja anda.


Anda perlu sentiasa bercakap mengenai mereka.


Memanglah ini  ini nampak seperti keras tetapi inilah realitinya Jika anda inginkan pelanggan yang bertali arus.


Secara kesimpulannya, anda perlu memandang Facebook sebagai medan pemasaran jangka panjang anda untuk anda membina kredibiliti dan reputasi  di mata pelanggan anda sebelum mereka membeli produk anda dan memberitahu rakan mereka pula




No comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...