Saturday, September 28, 2013

MUTIARA KATA UNTUK MU








By YAB Datuk  Dr Maznah Abdul Hamid



Jangan buang waktumu memikirkan mereka yang membencimu. Mereka tidak sepatutnya menjadi masalah dalam hidupmu. Jalani hidupmu dan jangan hiraukan mereka. 


Dengarkan suara hatimu, kerana yang bertanggung jawab atas kebahagiaanmu adalah dirimu sendiri, bukan mereka!



Setiap orang itu lemah apabila ia menyerang kerana beliau hanya mempunyai satu tangan untuk mempertahankan diri dan satu lagi digunakan untuk menyerang.



Berikan sepenuh kasih sayang kepada ibu bapa, kerana mereka adalah pemegang tali penghubung nyawa ketika kamu meningkat dewasa; kasih mereka terhadap anak adalah kasih dari titisan air mata dan titik peluh yang tak mungkin terbalas.



Gembira dan bahagia ketika menyabit padi kiranya ianya ditanam sendiri. Begitu juga jiwa manusia itu bukan tumbuh kerana upah tetapi kerana kerja yang patut mendapat upah.



Biar kamu tidak cantik di mata penghuni bumi tetapi namamu menjadi perbualan penghuni langit. Sepanjang kehidupan biarlah berbakti, walaupun kekadang tidak dipuji.



Yang menyakitkan dari sebuah perpisahan adalah proses menjadikan sesuatu yang sudah biasa menjadi tidak biasa. 



Ingatlah ketika kamu merasa hidupmu terlalu berat, Sudahkah kamu bersyukur atas nafasmu hari ini? 



Sudahkah kamu senyum atas indahnya pagi?
 .

No comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...