Saturday, March 1, 2014

HAPPINESS IS INSIDE JOB













Apabila harga emas meningkat dengan tingginya, kami telah mengumpulkan emas kami untuk dihantar dan dinilaikan kembali di bank Rakyat.......hihihihi nak gi gadaila tu dengan kata-kata standard dan class  hihihi.........



"Ain, jika saya tidak mengamuk dan membuang semua pemberian Ally ( mantan boyfriend ) tentu sekurang-kurangnya dapat sedikit benefit dari sakit hati itu hehehehe....."



"Ealah, siapa yang rugi sekarang? Itulah kalu orang sakitkan hati kita, jangan sampai kita rugi simpan saja apa saja pemberiannya."




Suatu hari Erra telah bergaduh dengan mantan teman lelakinya, dan kerana panas hati dan sakit hati ketika di dalam perjalanan pulang dia telah membaling keluar kereta barang-barang kemas pemberian mantannya itu. Seurat rantai leher, seutas rantai tangan, seurat rantai kaki, sebentuk cincin emas dan sepasang anting-anting.



Dalam tangisan kesedihan satu persatu barang-barang kemas tersebut dibaling keluar dari kereta.




"Whoa, puas hati ke?......"



"Ealah dulu kan tak berapa cerdik hihihihi............."



"Sebab itulah harus berfikir matang dalam semua keadaan.........."






Ikutilah Kisah Benar Dari Pengalaman Seorang Sahabat.




Seorang shabat memberitahu rumahtangga yang dibina bersama pilihan hatinya sangat 'panas' akibat keluarga mentua tidak menyukai dia kerana mereka telah ada pilihan sendiri.





Sejak dari merisik, sehingga mempunyai 4 orang anak ia merasa dia semakin membenci suaminya.




Pada suatu hari dalam dia melayan perasaan yang dia amat tidak bahagia di dalam hidupnya, tetiba perasaan marah yang amat sangat menguasai dirinya.





Dan dia tanpa sedar membuang semua cincin emas merisik, bertunang dan cincin perkahwinan di jari ke dalam tong sampah.




Keesokkan harinya dia telah membuang sampah tersebut ke dalam tong sampah di hadapan rumah untuk dikutip kontraktor pengutip sampah.





Sejak hari itu, sungguh menakjubkan, segala perasaan marah, benci dan kemarahan yang tidak terkawal terhadap suaminya lenyap begitu sahaja.




Whoa, apa logiknya ye.




Sebagai seorang guru berijazah dan mengambil saikologi sebagai salah satu subjek utama dia tidak ada penjelasan yang jelas.





"Tak menyesal ke buang barang kemas macam tu je, mengapa tak berikan Ain saja hihihi..........".




"Tak ingat awak pun Ain hihihi......."





Hidp di dunia penuh cabaran, kita yang tentukan kebahagiaan kita, bertahan selagi boleh,
jika tidak sentiasa ada jalan keluarnya.   Hidup ini mudah, jangan jadikannya sukar.




No comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...