Monday, March 3, 2014

KUNYIT UNTUK SIHAT, CANTIK



















Kunyit, sejenis rempah biasa yang biasa digunakan dalam masakan terutama untuk menggoreng ikan dan ayam.





Bahan ini memang penting untuk menyedapkan makanan dan menambahkan selera.  Selain digunakan sebagai bahan masakan, kunyit juga dijadikan jamu untuk kecantikan dalaman wanita.




Kunyit mengandungi ekstrak pigmen yang berkhasiat dikenali sebagai kurkumin.





Antara khasiat kunyit:




o  Ciri antiseptik membantu untuk menyembuhkan luka dengan lebih cepat.



o  Kunyit juga penting untuk pertumbuhan sel dan membantu untuk melambatkan proses penuaan.


o  Membuang lebihan racun berbahaya dan bahan kimia di dalam badan.


o  Pemgambilan kunyit setiap hari membantu untuk meningkatkan keupayaan tubuh dan antibodi badan melawan penyakit.


o   Membantu rawatan pegmentasi akibat sinaran cahaya matahari.


o   Melembabkan kulit wajah.




Pengambilan kunyit secara berterusan membantu untuk menstabilkan insulin.  Ia juga membuatkan pankreas menghasilkan insuln secara seimbang dan menurunkan paras gula dalam darah.





Kencing manis juga dikaitkan dengan peningkaan kadar lemak dalam tubuh, seterusnya menyebabkan berat badan berlebihan.





Bagi mereka yang mengalami masalah berat badan, cuba amalkan pengambilan kunyit scara teratur kerana kandungan kurkumin dalam tumbuhan ini membantu dari segi pengurangan lemak dalam badan.

No comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...