Sunday, March 23, 2014

WHEN U R 17 - CINTA ATAU PELAJARAN?






 When my beautiful and inteligent daughter back from her class reunion, she shared something with me:



"Ibu, tadi jumpa boyfriend  masa  tingkatan lima dulu, dia sekarang di Universiti Malaya, dahlah bijak, bertambah handsome....."



"Oh, macamana  dia layan kamu?"




"Biasa aje, mesti dia disukai ramai  kan ibu..........."




"Sayang, kita tak ambil balik apa yang telah kita lepaskan........dia ada kehidupan dia sendiri sekarang, kita pandang ke hadapan ya..."




"It's ok ibu, hanya sukalah pulak tengok dia hihihihi....."




Kisah budak perempuan ini memang kecoh, dia telah mengurung diri di dalam bilik, entahkan makan entahkan tidak selama seminggu,  dan telefon adiknya tidak henti-henti berbunyi, dan sebagaimana biasa Abdullah akan meminjam telefon ibu atas apa jua urusan kerana berjimat cermat melainkan urusan peribadi di antara dia dan girlfriend.




Dari pesanan-pesanan di kotak pesanan Ain telah menganggak bahawa budak perempuan ini telah memutuskan tali persahabatan dengan seseorang yang istimewa, oleh kerana menghormatinya Ain tidak bertanya, hanya menunggu masa dia membuka mulut.




Hanya selepas 2 tahun baru sekarang dia menyentuh isu ini.




"Kenapa ya putuskan hubungan dulu?"




"Masa tu nak ambil SPM, kami sangat sibuk, dia kalau nak study tak kira pukul berapa dia ajak Aisha study sama, of course, dia kat rumah dia, kita kat rumah kita.  Kalau dia bangun pukul 4 pagi dia kejutkan Aisha, mula-mula tu so sweet study sama lama kelamaan rimas lah, kita baru habis study nak tidur, dia baru bangun dan kejutkankan kita ajak temankan dia study dan bincang pasal pelajaran.   Dia hanya melambatkan pergerakan pembelajaraan Aisha, so Aisha fikir lebih baik tak ada boyfriend, itu yang putus tu........."




"Ooooo.......itu yang seminggu tak keluar bilik tu hihihihi........."




"Ibuuuuuuuuuu........hihihi........."






Begitulah  kisahnya anak bertuahku, pelajaran lebih penting dari cinta, bagaimana kisah anak bertuahmu?



Semoga semuanya baik-baik sahaja.








No comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...