Sunday, March 16, 2014

SENAMAN & WAKTU MAKAN








Kali ini ita akan membincangkan berkenaaan pemakanan yang sesuai untuk dinikmati sebelum dan selepas senaman.



Senaman dan makan sememangnya dua perkara  yang seiringan.  Sering timbul persoalan mengenai waktu yang sesuai untuk makan apabila kita ingin bersenam.\\\Apabila kita ingin makan, timbul pula persoalan lain iaitu makanan jenis apa yang sesuai.  Ini keranan makanan yang diambil akan mempengaruhi prestasi kita.



Justeru, artikel kali ini akan  membincangkan serba sedikit mengenai waktu dan jenis makanan yang harus diambil apabila kita ingin bersenam.





1.  Waktu



Waktu anda bersenam memainkan peranan penting keranan ia menentukan jenis makanan yang harus ana ambil sebelum atau selepas senaman.   Kebiasaannya, makanan yang diambil selepas senaman sama saja.Anda memerlukakn makanan yang mengandungi protein seperto telur rebus dan segelas susu, coklat kerana ia penting untum pemulihan dan pertumbuhan otot badan anda. Kuantiti protein yang perlu diambil tidak terlalu banyak iaitu hanya sekitar 10 hingga 20 gram dan boleh diambil sebaik saja anda selesai bersenam.





2.  Jenis Makanan


Bagi menentukan makanan yang perlu diambil sebelum bersenam, anda perlu melihat waktu anda ingin memulakan senaman.






3.   Pagi





Sekiranya anda ingin memulakan senaman pada awal pagi, anda memerlukan makanan yang mempunyai kandungan karbohidrat yang tinggi.  Makanan  seperti bijirin, roti dan sayuran segar antara contoh yang sangat sesuai.  Hindari makanan yang mengandungi serat dan fruktosa yang tinggi seperti buah-buahan kerana boleh menyebabkan anda mengalami cirit-birit selepas bersenam.



Sekiranya anda bersenam selepas mengambil sarapan yang berat, pastikan jarak masa antara sarapan dan senaman ands sekitar dua hingga tiga jam.  Ini untuk mengelakkan anda daripada mengalami kekejangan, sakit perut dan juga cirit-birit.







4.   Tengahari



Apabila anda memilih untuk bersenam pada waktu tengahari (misalnya sekitar jan 1 tengahari hingga 3 petang), anda tidak perlu mengambil sebarang makanan selagi anda sudah bersarapan atau makan tengahari. Mungkin anda hanya perlu minum sedikit air untuk mengelakkan tubuh anda daripada terhidrat.





5.   Petang



Jika anda bersenam lewat petang, makanan ringan seperti yogurt atau roti sudah memadai.  Ini kerana jarak senaman anda dari makan tengahari sudah agak jauh.  Jadi anda memerlukan makanan daripada karbohidrat untuk membekalkan tenaga.





6.   Malam




Bagi mereka yang suka bersenam pada waktu malam dan jika anda bersenam selepas makan malam, anda perlu menjarakkan masa antara waktu makan dan senaman, bergantung kepada makanan yang anda ambil.




Jika anda mengambil terlalu bantak makanan atau makanan yang berat, anda memerlukan masa yang lebih lama sebelum memulakan senaman.




Kesimpulan,  makan sebelum atau selepas bersenam, kedua-duanya mempengaruhi prestasi senaman dan prestasi tubuh badan anda berfungsi.





Ingat!     Jangan bersenam  dalam kadar segera selepas mengambil makanan yang berat atau dalam kuantiti yang banyak.  





Minum banyak air dan jalani kehidupan yang sihat!




No comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...