Monday, March 3, 2014

ULSER CEPAT SEMBUH




Aphthe Unterlippe.jpg




Ulser atau luka di dalam mulut yang terjadi akibat tergigit, terkena makanan tajam, air terlalu panas dan sebagainya memang membuatkan kita susah hendak bercakap, apatah lagi makan.  




Ada berpendapat ia boleh disembuhkan dengan kumuhan air garam ataupun minum air masak dalam kuantiti yang banyak.



Namun selain memilih 'bonjela' iaitu ubat ulser pilihan ramai, ada cara lain untuk cepat menghilangkan:





Air Garam


Ini adalah cara tradisional dan pilihan ramai sejak dulu lagi.  Berkumur dengan air garam selama dua atau tiga kali sehari untuk mengurangkan rasa sakit dan ketidakselesaan akibat luka di mulut, pastinya ia cepat sembuh.  Ia juga dipercayai dapat mengurangkan jangkitan pada mulut.




Air Baking Soda




Campuran air dan baking soda boleh diletakkan di bahagian ulser.  Anda akan dapat rasa  pedih tetapi secara perlahan-lahan ia akan kurangkan diameter luka terbabit.  Rahsia campuran ini adalah cara cepat menyembuhkan ulser di dalam mulut.





Elak Makan Masam



Makanan masam boleh menyebabkan iritasi pada permukaan kulit yang terkena ulser.  Kalau boleh elakkan makanan masam seperti buah limau, oren, mangga muda, lemon dan seumpamanya.



Air Kelapa



Berjemur di bawah panas atau bekerja di lokasi panas matahari boleh menyebabkan suhu tubuh pansa berlebihan.  Air kelapa dipercayai dapat menurunkan suhu badan menjadi lebih sejuk.  Selain dapat menstabilkan suhu dan menyembuhkan ulser, ia juga bagus untuk kesihatan.



Vitamin B



Seseorang yang kekurangan zat besi atau B12 lebih mudah untuk menghidap ulser.  Jika anda kekurangan zat besi dan B12, maka ulser yang tumbuh mungkin lebih parah.  Suplemen B9 serta makanan yang banyak mengandungi zat besi boleh membantu mencegah dan menyembuhkan ulser.  Antaranya bayam, jagung, aprikot, yogurt dan telur.



Vitamin C



Bagi mempercepatkan proses penyembuhan, selain mengambil supmen vitamin B12 atau menambah pengambilan makanan mengandungi zat besi yang tinggi, vitamin C juga mempunyai peranan hampir sama. Memperbanyakkan penggunaan vitamin c juga dapat membantu proses penyembuhan ulser.  Antaranya mangga, oren, brokoli, strawberi, kiwi dan anggur.














No comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...