Sunday, March 30, 2014

RAHSIA WAJAH BERSERI





















RAHASIA WAJAH BERSERI :

Tipsnya Senang Sahaja .


Tak Perlu Beli Pencuci Muka Yang Mahal - Mahal


~ Bangun awal pagi untuk solat subuh . Air wuduk yang mengenai muka boleh menegangkan kulit .

~ Menunaikan solat DZUHUR di tengah hari . Air wuduk yang mengenai muka boleh mencerahkan mata .

~ Tidak melalaikan solat ASHAR di waktu petang . Air wuduk yang mengenai muka boleh membersihkan kekotoran asap & DEBU siang

~ Tidak berlengah untuk sholat maghrib . Air wuduk yang mengenai muka boleh menghilangkan bau di hidung & mulut .

~ Sentiasa ingat solat Isya' di waktu malam . Air wuduk yang mengenai muka boleh menceriakan wajah dari kemungkaran .

~ Memang Banyak Rahasia Dan Kebaikan Jika Kita Selalu Mengikuti Apa Yang Disuruh Allah S.W.T .
Tapi , Sayang . Masih banyak Belum Menyedarinya.



#  Jangan sesekali aniaya orang, doa  orang teraniaya tiada hijab di hadapan tuhan.




# Sentiasa tersenyum, ahli shurga itu orangnya yang sentiasa tersenyum.




# Stress?  Wooots apa yang tidak mungkin menjadi milik kita tidak akan mungkin menjadi milik kita.  Belajar untuk let go ok.  Satu pintu tutup buat kita masih ada 10 pintu yang terbuka untuk kita terokai.  Apa yang ada di belakang pintu yang tertutup itu tuhan jadikan bukan untuk kita.  Belajar redha/ikhlas dengan ujianNya.




Tidak mungkin tuhan itu mau menyusahkan atau merendahkan kita. Kita ini semua kekasih-kekasih yang amat dikasihiNya.  Jika tuhan ambil sesuatu dari kita pasti dia sudah punya rencana yang lebih baik buat kita.  




Belajar tersenyum di dalam setiap keadaan.  Lihat ia sebagai satu peluang untuk kita membuktikan kekuatan mental dan kebolehan kita kata Joe brown




#Belajar self-talk untuk menenangkan diri sendiri Cth: I fear nothing except One boleh menaikkan kembali semangat yang sudah jatuh merundum.  Menurut kajian pakar sosial orang yang mengamalkan self-talk lebih bijak, cerdik, awet muda kerana mereka fokus di dalam hidup mereka berbanding mereka yang tidak mengamalkan self talk.



# Sentiasa baik hati.




Tidak usahlah berkira sangat di dalam hidup kita yang sangat singkat ini.   Apa-apa yang menyakitkan hati tutup sebelah mata dan teruskan memandang ke hadapan.  Kita tidak rugi apa-apa pun tetapi setiap kebaikan yang kita lakukan akan kembali kepada kita berganda. Saham akhirat beb hehehe.......





Amalkan, pasti wajah kita akan berseri-seri dan menarik ramai orang untuk masuk ke dalam kedai kita........hehehe 





Hati mesti baik beb..........

No comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...