Sunday, June 10, 2012

The Handsome Boy Next Door

Salam Kekayaan

The Handsome Boy Next Door - by Nenek Kebayan Comel

Maria tinggal di kampung.

Seperti gadis kampung dia suka memancing. di masa lapang dia akan pergi memancing di sekitar rumahnya dan oleh kerana memancing itu hobi sahaja dia dan keluarganya tidak kisah jika dapat ikan ataupun tidak.  Nama pun hobi kan.

Pada  suatu suatu petang yang mendamaikan, ketika dia sedang menunggu pancingnya di makan ikan, dia membaca buku sekolah, sambil menyelam sambil minum air.  Tetiba dia terpandang seorang budak lelaki yang agak tua sedikit darinya memancing juga di hujung kolam tersebut.  Dia hanya nampak belakang budak itu sahaja.  Setelah bosan kerana tidak mendapat seekor ikan pun dia pun pulang, begitu juga dengan budak lelaki itu.

Keesokkan harinya dia teringin hendak melihat sungai.  Dia meminta izin dari ibunya untuk berjalan-jalan di tepi sungai melihat aliran air sungai mengalir.  Itu sangat mendamaikannya.  Ibunya membenarkannya pergi ke tepi sungai dengai syarat dia tidak mandi sungai.  Beres.  

Sampai sahaja di tepi sungai dia melihat budak lelaki tersebut juga ada di tepi sungai memancing.  Dia memandang kearah budak tersebut untuk melihat samaada dia mengenalinya kerana dia kenal semua orang di kampungnya dan orang kampung semua mengenali dia.  Budak itu tidak menolehpun kearah dia.

Keesokkan harinya dia ingin memancing di kolam di kaki bukit dekat rumahnya.  Sememangnya di kolam itu tidak ada ikan besar pun tetapi deruan angin di kaki bukit amat menyenangkan hati.  Ketika menghampiri kolam tersebut dia melihat kelibat budak lelaki kelmarin juga memancing di kolam tersebut sambil membaca buku.

"Tak apelah, ada kawan" fikirnya.

Tetiba kailnya ditarik ikan.  Dia menyentak kailnya dan dapat seekor ikan.  Dan kail budak lelaki tersebut juga dimakan ikan, kemudian kailnya pula ditarik ikan.  Suasana sungguh meriah seolah-olah ada pesta ikan memakan pancing.  Tetiba secara tidak  sengaja pandangan mereka bertembung.  Dia dapat melihat dengan jelas budak lelaki itu sungguh kacak orangnya dan dia tidak mengenalinya.  Mungkin budak luar yang datang memancing ke sini fikirnya.  Apabila pandangan mereka bertembung buat kali kedua dia merasakan satu perasaan yang begitu aneh menjalari keseluruh urat sarafnya, dan dadanya berdebar-debar seolah-olah jantungnya seakan putus.Dia tiba-tiba sesak nafas. Dadanya terasa sakit yang teramat sangat tapi amat menakutkanya dia juga rasa kesakitan itu amat menyenangkan.

Balik ke rumah dia demam selama 3 hari.

Duduk di rumah selama 3 hari hanya memandang langit amat membosankanya.  Dia mengambil joran dan menuju ke belakang rumah.  Whoa, nafasnya seakan terhenti kerana budak lelaki tersebut sudah ada di situ.

Dan dia rasakan perasaan aneh itu lagi.  Kehangatan melayari seluruh jiwa dan raganya. Dia berpatah balik tetapi dia terdengar suara yang amat lembut menegurnya Saya juga malu seperti awak tapi marilah  memancing dengan saya.

Dengan muka merah padam kerana malu dia menoleh kebelakang.  Apabila pandangan mereka bertembung, cantiknya mata dia dia berbicara dalam hati dan alangkah terperanjatnya dia apabila dia mendengar suara lembut itu menjawab kedengaran di dalam hatinya terimakasih, jangan takut saya boleh mendengar bisikan hati awak.  Sudikah  awak berkawan dengan saya?.

Hari-hari yang dilalui amat mengembirakannya.  Perubahan tingkahlakunya hanya terbongkar apabila dia sering mengigau dan perbualan-perbualan dengan penuturan bahasa asing yang tidak difahami tetapi dia fasih menuturkannya di dalam tidurnya itu membongkar semua rahsia.  Dia ada kawan asing yang sering datang di dalam mimpin-mimpinya.

Datuk dia dipanggil dan malam itu antara sedar dan tidak dia terdengar perbualan di antara datuknya dan sesesorang yang di panggil naik ke rumah.

"Kau telah mungkir janji.  Kau sepatutnya menjaga mereka dari jauh dan anak cucu kau tidak boleh sama sekali mendekati anak cucu aku.  Ini perjanjian kita.  Kau telah melanggar perjanjian.  Aku lebih rela cucu aku mati dari berkawan dengan cucu kau"

Sejak malam itu dia tidak berjumpa denganya lagi.  Pesanan demi pesanan dihantar namun tiada balasan.  Di waktu jaga dan tidur dia mengharapkan kehadirannya tetapi dia seolah-olah hilang lenyap dari alam ini.

Sejak itu seolah-olah kebahagiaan telah dirampas dengan kejam dari hidupnya dan dia seolah-olah tidak mahu hidup lagi.

Setiap kali airmatanya tumpah, ayahnya memeluknya dengan airmata dan berkata

"Menanggislah sekarang, ayah tidak mahu melihat kau menangis di kemudian hari"

Diantara sedar dengan tidak, diantara kewarasan untuk hidup dan mati dia mendapat pesanan darinya yang dia amat meyayanginya dan teruskan hidup kerana jika dia mati dia juga akan mati, jika dia hidup dia juga akan hidup.  Jangan bersedih jika tidak mahu dia bersedih.  Takdir telah ditulis dengan tinta darah yang tidak mungkin terpadam.  Aku mencintaimu dengan seluruh nyawaku.

Tetiba dia mendapat semangat baru.  Dia memeluk ayahnya dan memberitahu dia hendak meneruskan perlajaran ke universitu dan mengejar cita-citanya ingin menjadi sarjana.  Semua orang gembira,  Dia telah melepasi saat-saat yang sukar dalam hidupnya.

Dia menjadi seorang yang berkerjaya, cantik dan amat menyenangkan semua orang tetapi sangat-sangat dingin.  Seolah-olah dia telah membina satu tembuk yang tidak ada sesiapa pun yang boleh menembusinya.

Setiap orang yang mengajak dia berkahwin akan ditolah mentah-mentah atau mereka akan ditinggalkan.  Dia akan dissapear dari hidup mereka.  Dia akan putuskan semua hubungan dan dia tidak dapat dihubungan lagi.  Ini amat menyedihkan ayahnya,

Dia mendapat pesanan dari ayahnya yang ayahnya akan menunaikan fardu haji dan dia di kehendaki mengambil cuti panjang selama sebulan untuk menjaga rumah sepeninggalan ayahnya.

Tanpa banyak soal dia pulang ke kampung.  Alangkah terperanjatnya dia kerana ayahnya telah mengaturkan perkahwinannya.  Dengan linangan airmata dia menolak tetapi ayahnya memberi kata dua jika dia menolak pilihan orangtua dia hendaklah mengantikannya dengan orang yang dia suka untuk dijadikan suami mengantikan pilihan orang tuanya.

Dia ada seorang kawan yang amat menyukainya. Walaupun tidak ada perasaan cinta dari pihaknya tetapi dia kawan baik yang amat disenanginya.   Dan ayahnya menjemput lelaki tersebut ke rumah.

"Saya dipaksa kahwin" dia mengadu dengan suara bergetar.

"Saya tidak dapat berbuat apa-apa Maria.  Tapi sudikah awak jika dipaksa kahwin dengan saya?"

Dengan linangan airmata dia mengenggam tangan lelaki dihadapannya dan menganggukkan kepala.

"Awak tidak akan ada kekurangan apa-apa lagi jika berkahwin dengan saya.  Itu saya akan pastikan"

Masalah bermula ketika Ain darjah satu.  Dia dihantar ke sebuah sekolah ugama berprestasi tinggi di KL.  Tetapi dia tidak mahu pergi ke sekolah.  Dia hanya bersekolah darjah satu selama 2 minggu sahaja.  Berbagai ikhtiar dilakukan oleh ibubapanya untuk memujuk Ain untuk ke sekolah tetapi Ain tetap tidak mahu ke sekolah.

Ain nampak benda-benda yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan ada di antaranya menakutkannya.

":Ayah Ain nampak ramai orang berkumpul di tepi jalan dan kenapa semua memakai baju putih"

"Mana, mana?"

"Ayah kenapa ayah langgar kakak yang lintas jalan tu"

"Mana, mana?"

Setelah hampir setahun, semua ini telah menjadi kebiasaan dan mereka cuba menangani masalah ini dengan bijaksana,

Di rumah Ain bangun pagi seperti biasa bersiap-siap berpakaian sekolah lengkap tetapi dia tidak akan pergi sekolah.  Dia bersekolah di rumah sahaja. Jika dipaksa juga ke sekolah dia akan menanggis berjam-jam lamanya.

Dia bermain sekolah-sekolah sendirian di rumah dengan gembiranya.

"Sayang buat apa tu?"

"Main cikgu-cikgu ibu.  Ain jadi cikgu, Rahman jadi murid.  Rahman cerdik ibu, macam Ain"

Kering darah dia saat itu.

Satu malam selepas mengerjakan sembahyang Tahajjud dan masih di atas tikar sembahyang dia menghantar pesanan melalui bisikan hati dengan linangan airmata.

"Assalammualaikum Fudhalku, ini aku Maria, aku dalam kesusahan.  Anakku Ain tidak mahu bersekolah"

Sesaat itu Fudhal mengzahirkan dirinya di depan dia.

Setelah sekian lama, mereka berpandangan dengan linangan airmata.  Masih terasa debaran cinta pertama walaupun bertahun-tahun terpisah.  Fudhal memakai jubah dan berserban putih.  Wajahnya berseri-seri.

"Fudhal....Fudhal..."
"Maria......Maria...."

Tidak ada suara kedengaran hanya gelombang bisikan hati yang bergetar. Pandangan mata mengambarkan segalannya.

"Anakku nampak duniamu Fudhal. Itu mengelirukannya. Dia tidak akan nampak tanpa perantara.  Siapakah yang mendampingi anakku Fudhal?'

Suara lembut masih mengetarkan hati dan dia seakan-akan hilang dalam pelukan alunannya.

"Maafkan aku.  Dua bulan yang lepas aku baru sembuh dari sakit yang berpanjangan.  Aku amat merinduimu jadi aku mengunjungimu dan memerhatikan dari jauh agar kau tidak terasa kehadiranku.  Tapi tanpa aku sedari anakku Rahman mengikuti dari belakang.  Aku akan selesaikan masalah ini.  Anakmu anakku juga.  Sekali sakitmu seribu kali aku terasa.  Aku juga tidak mahu mereka rasakan kesakitan yang kita rasai.  Selamat tinggal nyawaku"

Dia berjanji dalam hati dia tidak akan menangis lagi.  Demi cintanya pada Fudhal dan semua yang disayanginya dia akan ciptakan shurga untuk mereka. Aku cipta bahagia agar kau bahagia bisiknya menghapus airmata.

10 tahun telah berlaku.

"Ini password untuk blog ibu"

"'Sayatidaktakuthantu'?   kenapa password macam tu, tak ade password lain ke"

"Ain 'taktakuthantu' sebab Ain ade kawan nama Rahman!"

Hampir melayang ruh dia dibuatnya.

"Siapa Rahman Sayang?"

"Ibu, Rahman kan nama Allah.  Apalah ibu ini.  Melodramatik betul.  Semuanya ibu prasangka.  'Lek er".

"Ok, 'lek er"

She supposed not to remember anything, isn't she?.

Wallahu waallam.

The Moral of the Story though

Apa jua tindakan kita hari ini akan ada balasannya dan akan memberi kesan kepada keturunan kita.  Bertanggungjawablah ke atas keturunan kita walaupun mereka masih berada di alam ghaib.

Untuk anak-anak perempuan, berhati-hatilah meletakkan cinta pertamamu.  Adakah dia layak?  Kerna kau tidak akan lupakan cinta pertamamu.  Kau akan ingat cinta pertamamu sampai tua.  Letakkan pada tempat yang betul agar apabila kau mengingatinya kau akan ingat dia dengan senyuman dan perasaan bahagia bukan benci dan deraian airmata.









No comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...