Friday, June 8, 2012

The Ugly Malaysian

Salam kekayaan

TheUgly Malaysians


Sebuah kisah benar, kisah biasa-biasa, orang biasa-biasa punyai anak yang luarbiasa.

Suatu hari nek hendak mengambil barang di Jerantut dan harus balik ke KL pada hari yang sama.

Dari KL ke Termeloh naik bas ekspress, sampai di Temerloh ambil teksi.

'"Seorang aje.."

"Ya Haji..."

Orang teksi tu pakai songkok putih dan kebiasaan nenek akan panggil mereka haji.  Nenek ambil satu teksi ke Jerantut.

"Tunggu sekejap ye, kalau ambil satu teksi nanti mahal sangat.  Kita tunggu sekejap manalah tau ade penumpang lain....ya Mak Aji."

Baik hati sungguh haji ini sedangkan tambang teksi itu nenek yang bayar.

Dalam perjalanan ke Jerantut perbualan seperti ini taken place.  Nenek duduk di belakang dan dua orang haji duduk di hadapan.

Setelah berkenalan dan cerita pun berkisar kepada hal ehwal anak-anak.  Kita semua orang Jerantut... syukran.

Pemandu teksi  ada dua orang anak belajar di USA.   Dan haji disebelahnya satu anak baru habis belajar UKM dan seorang masih di Universiti tempatan dan nenek alalai nyesal lak tak ada anak banyak-banyak

Haji teksi bercerita berkenaan anak keduanya yang belajar di US.  Tidak pernah menyusahkannya.  Dia mendapat biasiswa kerajaan.  Tidak pernah meminta wang belanja dari ayahnya.  Kerana di sana dia mengambil kerja part-time di sebuah masjid.  Masjid kat sana kecil sahaja, tetapi mereka memerlukan sesesorang untuk membuat kerja-kerja kecil-kecilan dan dibayar elaun yang lebih dari mencukupi keperluannya.

Haji penumpang bercerita  dia mendapat surat merah dari PTPTN kerana anaknya tidak membayar pinjaman.  Bukan dia seorang katanya yang mendapat surat merah, ramai kawan-kawannya sama. Anak mereka masih tidak bekerja dan jika bekerja pun gaji tidak mencukupi.

"Macamana nak bayar, dia tak dapat kerja dengan kerajaan lagi.  Dah setahun dah tunggu panggilan kerja. Sekarang dia kerja sementara dengan gaji RM1,500 sebulan duduk KL, nak bayar sewa rumah lagi, duit upah pengasuh lagi, ansuran kereta lagi.......Kena pergi jumpa wakil rakyat lah untuk mnyelesaikan masalah nih."

Nenek pun menyibuk

"Suami dia kerja ke?"

"Kerja lah, tak kan nak suruh suami dia bayarkan PTPTN".

Haji teksi kata

"Pinjaman tu kena bayar sebab nanti orang kemudian boleh pinjam ....."

Wah, tak betul dan huruhara sungguh keluarga ini.  Patutlah. Nenek diamkan sahaja.

Haji teksi kata

"Kawan saya lagi kasihan, dia tak ada anak, ambil anak angkat, dapat belajar kat England dengan biasiswa kerajaan, bila tamat belajar dia terus tak balik Malaysia.  Jadi sebab melanggar perjanjian biasiswa mak ayah angkat dia kena saman.  Tak taulah macamana dia orang nak selesaikan masalah ini.  Dahsyat sungguh weh budak tu layan keluarga angkat dia".

Nenek teringat kisah The Ugly American.

Kisahnya ketika di vietnam mereka hendak mengambil hati orang tempatan dengan membuat satu majlis untuk menyerahkan bertan-tan beras.  Pada majlis tersebut ramailah orangramai datang untuk mengambil bahagian mereka.  Ketika penyerahan berlaku tepampanglah di guni-guni beras tersebut perkataan dengan huruf besar "sumbangan dari parti kominis" Disebabkan orang Amerika ketika itu tidak ada yang pandai berbahasa vietnam makanya terpampanglah di dada-dada akhbar keesokkan harinya parti komunis memberi sumbangan dengan sumbangan di agih-agihkan oleh tentera Amerika.

Have u got it?








No comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...