Thursday, June 14, 2012

ARE YOUR ENERGY POSITIVE BABEE?






Siapa Yang Menyemai Maka Dialah Yang akan Menuai

SALAM KEKAYAAN

Kita mulakan hari kita dengan energi kekayaan dengan membayangkan apa jua yang kita inginkan contoh jika kita nak kereta kita kena bayangkan kereta jenis apa, warna apa, hiasan dalaman macamana dan gambaran kereta itu mesti jelas sejelasnya dan sebesar-besar gambar  di dalam minda kita dan kita mesti bersyukur kepada Allah di atas kurnianya kita dapat memiliki kereta ini.

Gambaran di minda kita mesti jelas dan seolah-olah kita sudah memilikinya.

 Buat sepenuh hati dan tengoklah apa jadi.   Kacang aje...

Nenek melayari sebuah blog yang mengajar orangramai bagaimana mengharungi hidup ini dengan setiap situasi ada doa-doa dan menteranya dari negara seberang.  Di antara pengunjung yang meluahkan isi hati ialah seorang wanita dari negara kita dan meminta pertolongan dari mereka jika mereka boleh menyelesaikan masalahnya.

Nenek merasa begitu sedih dengan tingkah lakunya.  Kerana apa?  Dalam menyelesaikan masalahnya dia meminta tolong dengan manusia dan manusia yang dia minta tolong itu taukah dia amalannya yang bagaimana?

Di dalam blog tersebut juga ada satu tajuk 'Ganyang Malaysia'
dan kita tidak boleh masuk ke ruangan tersebut kerana harus memiliki passwordnya.

Well Inilah diantara satu sebab doa tidak diangkat ke langit dan impian tidak tercapai, kita mengumpat.

Dosa mengumpat itu sama seperti membunuh orang  Dan dosa ini hanya akan terampun jika kita diampunkan oleh orang yang kita umpat tersebut.

"Celakalah setiap pengumpat dan pencela" - (Surah Al_Humazah : 1)

"Yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecahbelahkan orangramai)"
- (Surah Al-Qalam:11)

"Dan janganlah setengah kamu mengumpat setengah yang lain" - (Surah Al Hujarat:  12)

Jika orang api, kita harus jadi airnya.  Bukan orang jadi api dan kita harus jadi api yang lebih besar.  Tak  cerdik itu.

Kita semua akan kembali ke hari berbangkit dan disisi Allah semua musuh akan bertemu.

Setiap lafaz perkataan, setiap tutur kata, setiap perbuatan dan jelingan mata akan ditanya.  Akhirnya adalah yang muflis di hari berbangkit nanti.


Kisah ibuku yang boleh dijadikan teladan


Ibuku seorang yang cantik.  Dia gadis kampung dan di antara gadis kampung yang cantik dia yang tercantik.

Sudahlah cantik  cerdik pula. Ketika itu dia sedang belajar untuk menjadi guru.

Well standard cantiknya orang kampung macamana?

Orang kampung itu suka kepada perempuan yang berkulit cerah, rambut lurus sedikit, badan tidak gempal dan tidak juga kurus. Senang didekat ditangkap lari.  Wajah keibuan dan lemah lembut tutur kata. .  Itulah menjadi standard kecantikkan zaman itu.

Setiap kali dia balik kampung dia dengar sendiri umpatan  saudara  terdekat dibelakangnya setelah dia melepasi mereka di jalanan.

"Hah tak lama lagi dapat anak dot....dot.....lah tu, orang lain dah beranak pinak awak mengada-ngada nak jadi cikgu"

Dua atau tiga kali dia mendengar emak saudara  menuturkan perkataan tersebut dan di dengari sendiri oleh ibu.

Apabila nenek mendengar cakap-cakap sebegini, sebagai seorang yang garang dia mengadu kepada datuk dan datuk, alaihai dia pun duduk di dalam tekak isteri memberhentikan ibu belajar dan memaksa ibu berkahwin dengan ayah seorang guru.

Nenek ambil senapang dan mengacukan ke kepala ibu.

"Jangan buat perangai di hari perkahwinan nanti, jika tidak aku bunuh kau.  Aku buat ini semua untuk kebaikkan mu"

Apabila kami semua sudah dewasa ibu membuka cerita.

"Nenek kamu tidak sabar orangnya.  Bukankah dia akan senang apabila ibu menjadi guru dan jika hanya dia bersabar setahun sahaja lagi dia akan dapat semuanya, anak menantu guru"

"Dalam apa jua situasi, berhentilah sejenak dan berfikirlah apakah kasih sayang akan buat dalam keadaan sebegini?  Jika ada perasaan kasih sayang semua akan menjadi mudah dan tidak akan ada yang teraniaya"

"Lihatlah sekarang, apa yang diucapkan oleh mak esah terkena diri sendiri.  Bukan satu tetapi dua"

Ibu merujuk kepada nenek esah yang mempunyai anak dan cucu dot....dot......exactly sebagaimana yang dituturkanya ketika mengumpat bertahun-tahun dahulu.

"Nenek esah tak malukah berjumpa ibu"

Setiap kali berjumpa dia akan memeluk cium ibu dan merenung ibu.

"Anak-anakmu cantik dan pandai seperti mu Shamsiah........".ada kesedihan dalam tuturkatanya.

Ingatlah ketika menunding jari ke arah orang berapa jari yang menunding ke arah kita sendiri?.

Ibu sudah maafkan segala-galanya.

No comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...