Saturday, June 9, 2012

The Ugly Malaysians i

Salam Kekayaan

The ugly Malaysians i

Kita mulakan hari kita dengan bersyukur dengan apa jua yang Allah anugerahkan kepada kita. Terimakasih ya Allah.

 Allah akan beri kita apa yang kita beri tumpuan dan bukan apa yang kita mahu.  Jika apa yang kita mahu kita berikan tumpuan, insyaalah kita dapat babes, tak percaya?  cubalah!.

Nenek menghadiri kursus macamana hendak cracking the millionaire code.

Datuk yang menganjurkan kursus tu tanya

"Siapa yang hendak menjadi kaya angkat tangan"

Tida ada sesiapa pun yang angkat tangan.

Setelah tiga kali bertanya barulah seorang peserta kursus bangun dan bersuara

"Saya nak jadi kaya Datuk"

"Bila awak nak jadi kaya tu?

"Satu tahun dari sekarang"

"Siapa lagi nak jadi kaya?"

Tidak ada sesiapa pun yang bangun bersuara.

Datuk bertanya kepada seorang perserta lain bila dia agak-agaklah akan jadi kaya.  Peserta itu berkata dia hendak menjadi  kaya tetapi tidak tahu bila.

"Macamana nak kaya?.  Nak jadi kaya pun tak tau bila.  Lepas tu sekejap nak kaya, sekejap tak nak kaya, nak kaya tak nak kaya.  Sebab itulah sampai sekarang tak kaya-kaya"

Terdengar gemuruh suara peserta bersuara saya nak kaya.

"Bila"

Setiap orang memberikan jawapan yang berbeza dan mereka tentukan sendiri ikut citarasa masing-masing.

'Lek ngar'

"Sebab itulah sampai sekarang tak kaya-kaya"

"Nak kaya mesti ada mindset, tetapkan matlamat dan mesti fikir kita telahpun mendapatnya.  Barulah kita akan dapat kejayaan 300%"

So on and so forth.

Sesiapa yang baca blog ini nenek sumpah kau, demi Allah aku sumpah kau jadi kaya.  Ameen.

Layan kisah benar ini semoga menjadi teladan:


Satu kisah ketika nenek kecil dahulu.  Rumah nenek di kampung agak dekat dengan jalanraya tetapi masih di kelilingi hutan tebal.  Sekarang  tapak rumah lama tersebut   itu telah dijadikan ladang kelapa sawit. Dan ada dua buah rumah lagi dihadapan rumah nenek.  Jadi tidak sunyi sangatlah.

Ada satu perempuan ini suka datang ke rumah nenek.  Orangnya sangat cantik dan berhidung mancung  tetapi agak menghairankan kulitnya amat putih pucat dan dia selalu membawa 3 orang anak lelakinya bersama.  Anaknya pun sekulit dengan ibu mereka.  Tak macam kita semua orang kampung.

Mereka datang untuk meminta air hujan.  Kerana rumah kampung jadi ayah nenek menampung air hujan di dalam tong besar.  Adalah 6 atau 7 tong untuk menampung air dan pelbagai kegunaannya.  Masa itu air paip belum ada.

Suatu hari dia datang meminta air hujan dari ibu nenek.  Anak-anak lelakinya juga ada bersama.

Kedengaran bunyi kereta berhenti di hadapan rumah tetapi tidak kelihatan sebuah kereta pun.

":Mungkin tersorok" fikir nenek.

:"Dah dia datang dah..." nenek terdengar ibu nenek bercakap sendirian.  Ketika itu kami semua bermain di beranda rumah.

"Kakak, boleh saya ambil air"  sapa permpuan tersebut.

Ibu hanya senyum dan menganggukkan kepala.

"Cantiknya anak-anak kakak.  Putih-putih" katanya sambil memandang kita semua yang sedang memerhatikan mereka anak beranak.

"Bolehkah kakak anak kita berkawan dengan anak kakak?" tanya perempuan tersebut sambil tersenyum memandang kita semua.  Anak-anaknya juga memandang kita sambil tersenyuim.

Ibu nenek tidak menjawab.  Mukanya pucat lesi.

Sehinggalah perempuan tersebut beredar ibu nenek masih tidak bergerak-gerak dari tempat dia berdiri dengan muka yang pucat lesi.

Begitulah setiap kali mereka datang, akan kedengaran bunyi kereta berhenti, kereta tidak kelihatan tetapi tidak ada bunyi engin kereta dihidupkan ketika mereka beredar.

Malam itu rumah kita dikungjungi oleh saudara mara sebelah ibu nenek.  Mereka sangat sibuk membaca yasin dan sembahyang sepanjang malam.

Keesokan malamnya  saudara mara sebelah  ayah datang berkunjung.  Mereka juga sibuk sepanjang malam dengan membaca yasin dan bersembahyang hajat.

Kami semua diingatkan oleh orangtua tidak boleh keluar rumah dalam masa seminggu dan mesti berada di dalam rumah sebelum maghrib.

"Kenapa semua orang sibuk"

"Jangan tanya"

"Kenapa tak boleh main kat luar rumah"

"Jangan tanya"

Semua jawapan untuk semua soalan akan dijawab dengan jawapan yang sama "jangan tanya"

Setelah tiga hari berturut-turut mengadakan kenduri Datuk iaitu ayah kepada emak nenek pun berangkat pulang ke rumahnya di Tanjung Buluh.

"Jangan bimbang Shamsiah, mereka telah diingatkan dan diberi amaran agar menjauhi keluarga kita.  Mereka juga telah berjanji tidak akan ke sini lagi"

Pada zaman mudanya datuk nenek dan datuk sebelah ayah nenek mereka memiliki ilmu kebal.  Setelah pemerintahan jepun tamat mereka telah membuang ilmu tersebut.  Ilmu ini melibatkan unsur-unsur dari alam ghaib.  Mereka takut anak cucu kepada khadam ilmu kebal mereka dahulu datang mencari waris atau anak cucu mereka untuk kembali menyambung silaturahim.

Dari luar pagar kelihatan seorang perempuan bersama 3 orang anak lelakinya memandang kanak-kanak yang bermain dengan riuh rendahnya di halaman rumah Cikgu Bakar.  

Mereka kelihatan sedih.

Terdenganr bisikan-bisikan lembut yang mana bahasa yang digunakan hanya mereka sahaja yang mendengar dan memahaminya.   Mereka tidak bersuara.  Mereka berkomunikasi mengunakan telepathi.

"Maafkan emak anak, kita tidak boleh pergi melawat mereka lagi"

"Mengapa kita tidak boleh berkawan dengan anak dia emak?"

"Emak mereka takut dengan kita anak.  Kita hanya boleh melihat mereka dari jauh tanpa menampakkan diri kita.  Datuk kamu telah berjanji anak cucu cicitnya tidak akan mendekati anak cucu cicit mereka.  Mak yang bersalah kerana melanggar perjanjian.  Maafkan mak anak-anakku.   Kadangkala mak lupa alam kita berbeza"




No comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...