Wednesday, June 13, 2012

Mengintai Pontianak

Salam Kekayaan

Kita mulai hari kita dengan bersyukur dengan apa jua kurnia Allah kepada kita.  Terima kasih yang Allah.  Kurniakanlah kekayaan yang berganda lagi kepada kami esok.  Ameen.


Mengintai Cik Pontianak 

Nenek sedang menunggu pembantu nenek.  Dah lewat dekat 1 jam tetapi sebab urusan penting nenek tunggu juga sambil berzikir untuk mengurangkan perasaan marah.  Budak ini memang tak ada disiplin langsung.  Dipecat nanti baru tau.

"Kenapa lambat sangat"

"Motor buat perangai kak.  Malam tadi malam jumaat kliwon jadi kita orang pergi mengintai pontianak kat hutan tu, budak mana ntah dah rosakkan motor saya."

Dia  menunjuk ke arah hutan simpan di ulu klang.

"Tolonglah Adi, terus terang saja, kalau A katakan A jangan beri alasan yang tak waras ini"

"Betul kakak, setiap sebulan sekali kami akan ke sana mengintai pontianak"

"Aduh, carilah hobi lain, mengusik perempuan ke, pergi mengurat kat dataran ke ada juga thrillnya.  Ini kak Pon.  Tak takut dikerjaing ke?"

Nenek tergelak.

"Kakak tak tau, di kampung kami inilah hobi kami".

"Malam tadi kami pergi mengintai Pontianak pukul 3:30pagi. 5 biji motor.  Panggil dia keluar.  Bila dia sudah keluar dia akan melihat ke sana ke sini mencari orang yang memanggilnya.  Dia akan amat-amati kita dengan liuk lintuknya.  Dia juga akan menghidu-hidu kita.   Jika dia suka kita, dia akan merenung kita dengan matanya yang cantik itu.  Jika dia tak suka kita, inilah saat yang mencemaskan.  Inilah saat yang ditunggu-tunggu.  Dia akan berubah dari perempuan cantik ke rupa paras yang sangat hodoh".

"Yang seronoknya saat inilah.  Saat dia berubah.  Inilah saat yang ditunggu-tunggu.........cabut lari.   Start motor dan lari selaju yang boleh.  Tapi sebelum itu akan ada satu motor akan di rosakkan tanpa diketahui oleh pemiliknya. Malam tadi aku kena.  Kerosakkan kecil sahaja sehingga tidak memudaratkan.  Sesiapa yang motor kena tu, kalau motor tak boleh start kenalah berlari laju-laju.  Sekejap selepas itu nanti akan dijemput.  Masa itu tengok lah, ada yang muntah-mutah, ada yang separuh pengsan, ada yang pengsan dan ada yang demam seminggu tak kebah kerana ketakutan...dan ada juga yang tidak ada kesan apa-apa pun, hah itu kira terrer le...heh...heh..."

"Wah, nampak macam seronok ajer, nak ikut"

"Kakak tak boleh ikut"

"Nape"

"Dia tak suka perempuan, lagipun kalau dia nampak kakak dia terus tak keluar"

"Nape erk"

"Alaihai, tak kan tak tahu lagi kot, kak kan hafal ayat-ayat Quran.  Dia takut ngan kak"

Boleh percaya ke budak-budak Acheh nih, tapi sesiapa yang hendak membuat expedisi mengintai pontianak bolehleh join dia orang ni. Ada berani?.

Tapi menurut anak cemerlang nenek,  suatu malam minggu mereka berkumpul 6 orang dekat pagar  di tepi rumah nenek di kelumpuk cempaka melihat kereta yang bertali arus melalui DUKE dan menunggu mat rempit racing.

 Tepat pukul 3:00 pagi ada dua buah van berhenti di depan Kelumpuk Kenanga dan semua yang keluar dari van itu memakai t-shirt hitam dan seluar panjang hitam.  Bercampur lelaki dan perempuan.  Diketuai  seorang  yang nampak lebih tua.  Mereka membawa kamera dan peralatan-peralatan macam peralatan dalam siri mencari hantu "seekers" kat TV3 tu..

Mereka berkumpul di sekolah menengah setiawangsa di bahagian sebelah DUKE.  Mereka set-up peralatan mereka dan menunggu.  Setengah jam kemudian, tiba-tiba kedenganran suara menjerit ketakutan "lariiiii".  Mereka bertempiaran lari lintang pukang menuju ke van yang diletakkan di hadapan kelumpuk kenanga dan terus pergi dengan van dipecut laju.

Apa yang berlaku?

Menurut cerita anak cemerlang nenek itu ketika jeritan "lariiii" kedengaran dia dan kawan-kawan melihat pada dinding sekolah itu satu bayang-bayang yang sangat besar terbayang di dinding sekolah itu. Bayang seorang lelaki yang besar dan tinggi.  Bayangan kemudia  seolah-olah terbang mengejar kumpulan berbaju hitam tersebut. Tetapi sekelip mata sahaja, bayangan itu ghaib.

"Bayang apa itu ibu, tak mungkin adik silap kerana kawan adik 6 orang pun nampak. Mereka juga lari lintang pukang."

"Kalau tinggi tu hantu tinggilah, jaga-jaga ye dia suka budak lelaki" Nenek bergurau.

:Hanya Allah jua yang mengetahui.


The Moral of the Story though     

Jangan dicari, nanti dapat.  Belajarlah untuk berhenti.








No comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...