Sunday, May 26, 2013

ALKALINE WATER


Jangan menyediakan makanan dalam keadaan marah, kerana makanan tersebut tidak akan diberkati, masaklah dengan penuh kasih sayang :)








Kebaikan Air Beralkali





Kesihatan kita secara keseluruhan dipengALKALINE WATERaruhi oleh air kerana berat badan orang dewasa terdiri dari 50% ke 70% air.  Maka tidak hairanlah kualiti air yang kita minum memberi pengaruh yang besar kepada kesihatan kita.




Badan manusia secara semulajadi adalah sedikit beralkali.  Masalah kesihatan yang serious akan muncul jika badan kita berasid dalam jangkamasa yang lama.




Bahan buangan berasid (terhasil dari makanan dan minuman, stress dan pencemaran alam kita), di buang ke saluran darah dan limpa. 



Kemudian akan diangkut ke hati dan buah pinggang untuk proses detoksifikasi dan eliminasi.  




Kesan badan yang berasid adalah sangat besar kepada kesihatan kita. Ia memberikan keadaan yang sangat negatif dan mempengaruhi kesemua fungsi yang penting dari denyutan jantung sehinggalah ke saraf otak.



Air beralkali yang sangat sesuai untuk kesihatan manusia berada di paras pH 8.0 - pH 10.0 tahap kealkalian lebih tinggi dari tahap air paip yang biasa kita guna.




Di antara beberapa kebaikan air beralkali ialah 




- memperbaiki gejala penyakit perut seperti cirit-birit,  pengawalan keasidan yang tinggi, masalah penghadaman and abnormal fermentation (dalam perut dan usus).  



Air ini juga membantu sistem penghadaman berfungsi dengan lebih baik dan seterusnya juga dalam proses pembuangan sisa.




- meningkatkan tahap metabolisma dan tenaga.  Ini berguna untuk menurunkan berat badan dan memberi kesan awet muda dengan memperbaiki sel-sel yang telah rosak yang diakibatkan oleh radikal bebas.  



Ia dapat menghaluskan dan membuat kulit nampak lebih muda.




- air beralkali dan berion pula mempunyai rasa yang lebih segar dan tidak berbau (tidak sesuai untuk bayi dan seeloknya diberikan air neutral yang mempunyai pH 7.0).




- Detoxifikasi - air beralkali menyahkan toksin dan mengeluarkan bahan berasid yang meracuni badan kita dan menjadikan kita lebih sihat dan segar.




- air beralkali menyeimbangkan pH badan kita yang biasanya berasid akibat dari makanan dan minuman, stress dan pencemaran. 




Keseimbangan pH memperbaiki tahap kesihatan kita.




- air beralkali lebih baik untuk hidrasi berbanding air biasa kerana ia mempunyai molekul yang lebih kecil, jadi ia lebih mudah diserap oleh badan kita dan seterusnya membekalkan kesihatan yang diingini.






























Thank you shashamohammad@blogspot.com


Image result for KEBAIKKAN AIR


No comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...