Sunday, May 12, 2013

DUNIA INI SENTIASA INDAH









Seorang wanita tua usianya menjangkau 92 tahun - datang ke klinik seawal pukul 8.oo pagi untuk mendapatkan rawatan.




Walaupun cacat penglihatan dia tetap bersolek cantik dan berpakaian kemas dengan rambutnya didandan rapi.




Setelah menunggu beberapa jamdi lobi, wanita tua itu tersenyum manis apabila diberitahu bilik rawatannya telah siap.




"Puan, mari saya tunjukkan bilik rawatan puan," kata jururawat sambil memimpin tangan wanita tua itu menuju ke tangga bergerak.




Sambil berjalan, jururawat memberi sedikit gambaran mengenai bilik yang disediakan.




"Kami menyediakan bilik puan dengan peralatan yang lengkap bersama tirai yang digantung cantik," kata jururawat itu.




"Terima kasih......saya sukakan bilik itu.  Segalanya kita yang tentukan, nak gembira atau sebaliknya".




"Saya percaya, semuanya bergantung pada pemikiran kita," kata wanita itu tersenyum.




"Tapi...macam mana puan boleh katakan puan sukakan bilik itu, kita belum sampai lagi ke bilik?" tanya jururawat hairan.




"Fikiran saya kata begitu.  Setiap pagi saya akan buat keputusan sama ada memikirkan kepayahan atau bangun dengan penuh kegembiraan, lalu saya bersyukur kepada Tuhan yang memberi peluang saya bernafas lagi," jawab wanita tua itu.




"Usia tua sama seperti akaun bank.  Kita akan keluarkan apa yang telah lama kita simpan," kata wanita itu lagi, yang mengaku dia hidup sendirian selepas suaminya meninggal dunia.




Sambil tersenyum, wanita tua itu mengingatkan jururawat itu tentang lima prinsip amalannya selama ini.




Jangan Aniaya Orang.



                          
             Sentiasa Bebaskan Hati Daripada Rasa 
benci.


Bebaskan Pemikiran Daripada Kebimbangan




Sederhana Dalam Hidup.




Bersedekah tanpa mengharapkan Balasan.




Menerima Seadanya Susunan Takdir.









Sumber : Majalah Mastika, VIVA Mastika



No comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...