Monday, May 27, 2013

DARAH TINGGI KERANA KURANG MINERAL



Encik Hisham sudah dua tahun disahkan menghidap kencing manis.  Dia makan ubat setiap hari dan menjalani pemeriksaan doktor setiap bulan.. Sebagai seorang yang amat mengambil berat tentang penjagaan kesihatan dia menjaga pemakanan dan bersenam.  Tambahan pula sebagai seorang bekas juruterbang, dia mempunyai ramai sahabat di kalangan doktor dan pakar perubatan.

Tapi sebenarnya Encik Hisham sendiri hairan bagaimana dia boleh menghidap kencing manis sedangkan dia jarang makan makanan yang manis.  Doktor menganggapnya sebagai penyakit keturunan dan dia menerima takdirNya dengan redha.

Kini dia disahkan pula meengidap darah tinggi.  Menurut doktor apabila usia meningkat, darah tinggi sukar dielakkan.  Doktor memberikannya pil darah tinggi yang perlu dimakan seumur hidup dan hal ini menimbulkan kegusaran bagi dirinya.  Darah tinggi bermakna tekanan darah melebihi paras yang selamat.  Darah tinggi merbahaya kerana ia boleh memberi kesan kepada jantung serta organ-organ dalam tubuh.  Encik Hisham sedar dia berada di ambang yang amat merbahaya.

Dia bertemu saya kerana mahukan solusi bagi masalahnya.  Dia merasakan adalah tidak adil untuk menerima takdir sebegini semata-mata.  Menurut pembacaannya, darah tinggi boleh dielakkan maka dia mahukan solusi yang wajar.

Salur Darah Mengeras

Ada pelbagai faktor seseorang mendapat darah tinggi namum kadang kala terdapat juga di antara kita yang mendapat darah tinggi tanpa sebab musabab yang konkrit.  Apabila darah tinggi terjadi secara tiba-tiba ia dinamakan Essential atau Idipathic.

Beberapa pertanyaan yang dahulunya menjadi tanda tanya kepada kita selama ini wajar dijawab begini.  Apabila seseorang itu menjadi tua, salur darahnya mengers dan kurang elastik.  Kalsium akan hinggap pada tisu badan termasuklah salur darah menjadikan salah satu sebab penyempitan salur darah.

Kekurangan hormon dalam tubuh menjadikan metabolisme bagi kolesterol dan lemak kurang baik, lemak juga mula didepositkan ke salur darah dan deposit lemak ini lama kelamaan membuatkan salur darah menyempit.

Satu lagi faktor punca darah tinggi yang dikenal pasti ialah kompisisi garam magnesium dalam darah.  Garam magnesium merupakan garam yang terlibat dalam banyak proses metabolik tubuh.  Persatuan Jantung American mengatakan magnesium ialah suplemen yang baik bagi membantu mengatasi tekanan darah, dan akhbar perubatan di Amerika iaitu New Science Daily melaporkan kandungan magnesium yang rendah dalam darah menjadi petanda seseorang mudah mendapat darah tinggi dan masalah sakit jantung; ia menjadi penunjuk aras (biological marker) yang membantu doktor membuat ramalan sekali gus mencegah berlakunya penyakit darah tinggi dan jantung.

Perlu Lebih Magnesium

Bagi pesakit kencing manis pula, mereka memerlukan lebih banyak magnesuim kerana magnesium merupakan satu unsur surih yang bekerja bersama-sama dengan insulin.  Kehadiran magnesium membolehkan sel-sel menjadi lebih sensitif terhadap insulin.  Magnesium juga diperlukan bagi membolehkan glukosa msuk ke dalam sel untuk diuraikan kepada tenaga.  Bagi pesakit kencing manis, tubuh mereka tidak mampu bagi mengangkut masuk glukosa ke dalam sel tubuh.  Akibatnya glukosa tertinggal di dalam darah.  Ini menjadikan tubuh lesu kerana gula tidak dapat ditukar kepada tenaga maka kehadiran magnesium adalah amat penting sekali.

Apabila gula tertinggal dalam darah dengan banyak, ia membuatkan sesorang kencing dengan banyak dan ini menarik keluar semua garam mineral dalam tubuh terutamanya magnesium.  Maka kadar kejatuhan magnesium berlaku dan darah tinggi mula terjadi.

Akibat kemerosotan jumlah magnesium boleh membuatkan sel-sel mengecut dan rosak.  Semua sel terutamanya sel jantung, otot dan buah pinggang sangat memerlukan unsur ini.  Magnesium juga menguatkan gigi dan tulang.  Ia turut mengaktifkan enzim meningkatkan penghasilan tenaga dan bertindak sebagi 'regulator' terhadap mineral lain seperti zink, potassium, vitamin D dan lain-lain.

Magnesium boleh didapati dalam kebanyakkan makanan dalam jumlah yang kecil maka dalam diet seseorang sering mengalami ketidakcukupan magnesium.  Masalah kekurangan magnesium menyebabkan seseorang menjadi stress, cemas, mengalami masalah tidur, mudah tersinggung, mood cepat berubah, sembelit, mual dan mudah muntah, jantung berdebar dan tekanan darah yang tidak stabil.

-By DR Rushmini Maris bt Ismail.

No comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...