Saturday, May 25, 2013

EPAL HIJAU



Menurut kajian, epal hijau dapat membantu tubuh wanita memperlahankan kadar estrogen pada saat menopouse.  Gangguan penyakit saat menopouse seperti ancaman penyakit jantung atau kerapuhan tulang kerana rembesan hormon estrogen yang berkurangan boleh dicegah dengan zat yang terdapat didalam buah epal terutama epal hijau.

Selain zat fitokimia di dalam epal akan berfungsi sebagai antioksida yang melawan kolestrol jahat (LDL -  Low Density Lipoprotein) yang berpotensi menyumbat pembuluh darah.  Ini kerana antioksida yang terkandung di dalamya akan mencegah kerosakan sel-sel atau jaringan pembuluh darah.  Pada masa yang sama antioksida akan meningkatkan kolesterol baik (HDL - High Density Lipoprotein) yang bermanfaat untuk mencegah penyakit jantung dan pembuluh darah.

Tidak hanya itu, kandungan pektin (serat larut yang terkandung di dalam buah-buahan dan sayuran) telah terbukti mampu menurunkan kadar kolesterol di dalam darah.  Sebuah penelitian membuktikan dalam epa terdapat acid D-glucaric yang mampu mengurangkan kolesterol sehingga 35%.  Sebuah kajian di Finland pada tahun 1996, membuktikan zat fitokimia dapat mengelakkan seseorang terkena serangan penyakit jantung.

Selain itu, zat fitokimia yang terdapat pada kulit epal ini, menurut sebuah penelitian di Cornell University AS, bermanfaat mengelakkan sel kanser usus sebanyak 43%.   Epal juga mengandungi kandungan serat yang amat tinggi, iaitu sebanyak 5 gm untuk setiap biji epal yang berukuran sederhana besar.

Jumlah ini adalah tinggi bagi kebanyakkan kandungan produk berasaskan bijirin.  Serat ini bermanfaat untuk melancarkan pencernaan dan menurunkan berat badan.

Selain itu masalah sembelit yang biasanya menghantui golongan yang berdiet kini tidak menjadi masalah lagi jika buah ini dimasukkan dalam menu harian anda.  Meskipun bermanfaat mengatasi masalah sembelit, buah epal  juga berkhasiat untuk meredakan cirit-birit sepertimana yang diterangkan oleh Miriam Polunnim dalam bukunya bertajuk Healing Food.  Epal sangat bermanfaat sebagai ejen pencernaan dan buah ini hampir tanpa lemak dan kolesterol, hingga sesuai sekali dimasukkan sebagai menu bagi wanita yang ingin berdiet.

Kesihatan sangat penting bagi membolehkan kita beribadat.  Jika berbelanja untuk benda lain kita sanggup berhabisan, kenapa untuk kesihatan sendiri perlu berkira.


Terimakasih kepada Admin blog org.biasa2@blogspot.

No comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...