Monday, January 13, 2014

AKIBAT MENYEPAK WANG











Seorang sahabat telah memberitahu:



"Ain dalam masa 30 tahun ini, semua yang aku buat tidak menjadi, kedai yang aku berikan kepada anak-anakku semuanya lingkup, ada 5 buah kedai, duit insuran rm200,000 habis macam tu aje, tak ada barang yang boleh dijadikan kenangan, duit EPF rm250,000 habis begitu sahaja.........."




"Woa........tak dibelikan emas 2 atau 3 kilos ke.........."



"Beli......lepas tu gadaikan tapi tak boleh ditebus balik, habis macam itu aje!"



"Woa........dah buat SWOT......mesti cari dimana puncanya semuanya tak kekal?"



"Dah.....aku ingatlah masa 30 tahun yang lalu aku tolong kawan aku dalam skim cepat kaya, punyalah banyak duit kita orang letakkan duit tu dalam bakul plastik, masa memunggah duit dari kereta ke dalam rumah, duit jatuh sebab bakul tu penuh dengan duit, woottsss...meremang bulu roma aku.....kalau ingat kejadian ini setiap kali itulah bulu roma aku meremang....."



"woa, bulu roma aku pun meremang juga......."



"....ok, bila duit tu jatuh ke tanah aku pijak, tak bagi dia melayang ditiup angin, dan kawan aku kutip, dan kalau duit itu tengah melayang-layang lagi, aku sepak dan kawan aku akan sambut, kami ketawa berdekah-dekah kegembiraan, happy sangat masa tu.....




Aku perasaan benda ni masa semua kedai ditarik balik oleh bank, lepas satu satu bank ambil dan aku tak dapat buat apa-apa pun, duit semua habis nak selesaikan masalah ini tapi saat akhir perhabis ikhtiar dah, masalah tak selesai......




Macam itulah ceritanya, aku sekarang macam inilah, bawa teksi, hidup cukup-cukup aje, kalau ingatkan kisah silam mau gila aku dibuatnya.........



..macamana aku nak tebus kembali kesalahan silam akibat aku menyepak rezeki dulu  huh ain....?"



"...balas balik!"



"Balas balik? aku tak fahamla Ain"



"Mak aku pesan kalau orang buat baik kat kita sekali kita  balas balik 2 kali, sekali kat orang yang buat baik kat kita dan sekali lagi kat orang lain, supaya nanti perbuatan baik kita itu orang lain akan balas balik kat orang lain pulak, dan begitulah circle itu akan berterus, tetapi jika orang buat jahat kat kita, jangan sesekali kita balas kerana jahat itu panas, pahala akhirat beb, orang buat jahat kat kita kita balas jahat, kalau semua orang buat macam itu bila nak berhenti circle ini, makin panas dunia ni nanti hehehe...."




"Tapi Ain dah berpuluh-puluh tahun aku bertaubat, tapi awan hitam yang menyelubungi aku masih ada..........macam mana yerk?




"Ma Sha Allah, berat ni...harta kau baki yang dulu ada lagi tak?"



"Tanah adalah.............."



"Kalau kau nak selamat, saki baki harta kau yang ada kau jual dan duitnya kau sedekah anak yatim, atau harta kau tu diwakafkan untuk kubur, masjid, apa-apa aje untuk melepaskan kau dari dosa-dosa silam, manalah tau Tuhan akan lembut menerima taubat kau, aku rasa kau ni masih pegang hak orang lagi......"



"Aku tak buat skim tu aku cuma tolong kawan aku jer, so dosa ke aku dengan orang yang kami ambil pelaburan tu?"



"Adush masih nak tanya lagi, kau bersekonkol la, kalau orang ramai menyumpah kawan kau, tempiasnya kau kena sekali la"



"Adush......"



"Ialah.........adush fenim aku"



"Macamana yerk.....?"



"Ntahla.........kau kena buat baik dengan Tuhan dan ramai orang sekarang nak tebus kembali........"




"Aku rasa seumur hidup ini aku harus menebus kembali semuanya Ain................"



"InShaAllah"



Buat Baik Berpada-pada, Buat Jahat Jangan Sesekali :Peace












































































No comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...