Tuesday, January 7, 2014

SENAMAN OTAK












OTAK PERLU SENAMAN UNTUK CERGAS




PENUAAN adalah proses semulajadi dan tidak dapat dielakkan.  Sering kali proses penuaan dikaitkan dengan masalah daya ingatan, tetapi ia tidak semestinya berlaku.




Penyelidik percaya kebanyakkan masalah ingatan ada kaitan rapat dengan gaya hidup dan antara penyakit yang dikaitkan dengan penuaan ialah alzheimer.




Otak juga sama seperti otot.  Ia perlukan senaman.  Malah, sebagai organ paling banyak menggunakan tenaga (75 peratus daripada glukosa badan), otak perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya kerana jika tidak, tenaga berkenaan akan terbuang sia-sia.





1.  Senaman Fizikal

Sesetengah penyakit seperti strok ada kaitan rapat dengan pemakanan, obesiti dan gaya hidup tidak aktif. Berjalan cepat 30 minit sehari boleh merangsang aliran darah ke otak dan membuatkan anda berfikir lebih baik.



2.  Tingkatkan kesihatan anda - kajian Universiti Stanford, Amerika Syarikat mendapati bahawa kehilangan daya ingatan boleh diperbaiki di antara 30 hingga 50 peratus dengan melalukan aktiviti mental ringkas seperti membaca, bermain catur dan membuat kerja kreatif.  Anda juga boleg menyertai kerja sukarela atau belajar perkara baru.




a,  Mulakan hobi


b.  Belajar bahasa


c.  Buat teka silangkata


d.  Mula amalkan untuk menggunakan daya ingatan seperti mengingat senarai barang dapur yang perlu dibeli.


e.  Berhenti merokok


f.  Elakkan minum minuman keras


g.  Kurangkan makanan berlemak, amalkan pemakanan seimbang.


h.  Belajar mengawal tekanan


i.  Pilih aktiviti yang anda gemari jika aktiviti itu membosankan, segera alih kepada aktiviti lain.


j.  Buat pemeriksaan kesihatan secara berkala terutama paras tekanan darah, glukosa dan kolestrol.




By; Norlaila Hamima Jamaludin








No comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...