Tuesday, January 7, 2014

BANYAK REHAT PENDEK UMUR


Teori Sosial dan Psikologikal Penuaan


hjm0xRNK0M8a-v0Hun8oN5cuNgf3EywS3JjOC63z





"Ramai mati sebelum waktunya akibat penyakit kronik seperti sakit jantung, strok, barah, tekanan darah tinggi, kencing manis dan kegagalan buah pinggang", begitulah kata Perunding Perubatan dan geriatrik, Dr Rajbans Singh.




Mereka yang tidak aktif bukan saja terdedah kepada pelbagai masalah kesihatan, malah kemerosotan fungsi otak khususnya daya ingatan.



Gaya Hidup Tentukan keadaan minda



JIKA anda merancang untuk berehat sepuas  hati selepas bersara dan tidak mahu terbabit dalam sebarang kerja yang mencabar mind, timbangkan semula rancangan itu.



Kajian mendapati orang berumur yang aktif fizikal dan mental mempunyai jangka hayat lebih panjang.



Rumusan daripada teori sosial dan psikologikal penuaan yang membuat kajian ke atas warga berusia ini mendapati kumpulan yang mempunyai tujuan atau tekad (samaada pekerjaan baru selepas bersara atau melakukan aktiviti disukai) hidup lebih lama berbanding individu yang hanya berehat.




Malah, individu yang aktif didapi dapat menjalani kehidupan hari tua dengan lebih baik.Secara umumnya individu aktif jauh lebih cergas, mempunyai tangungjawab yang secara tidak langsung merangsang mereka untuk kekal sihat, berfikiran cerdas dan kuat daya ingatan, walaupun lanjut usia.




Bagaimanapun, ia bukan bermakna mereka yang tiada arah tertentu dan tidak aktif selepas bersara mempunyai jangka hayat  pendek, tetapi mereka lebih terdedah kepada pelbagai masalah kesihatan, termasuk kemerosotan fungsi otak, khususnya daya ingatan.




Perunding perubatan dan Geriatrik, Dr Rajbans Singh, berkata ramai di kalangan masyarakat hari ini yang mati sebelum waktunya akibat penyakit kronik seperti sakit jantung, strok, barah, tekanan darah tinggi, kencing manis dan kegagalan buah pinggang.



Daripada semua senarai di atas (antara penyakit kronik paling umum), kencing manis boleh dianggap "ibu" segala masalah kesihatan kerana ia biasanya tidak datang bersendirian, sebaliknya membawa pakej lain seperti tekaknan darah tinggi dan kegagalan buah pinggang.



Statistik menunjukkan setiap tahun 9,000 orang mati akibat serangan jantung, 40,000 orang mendapat serangan strok dan 40,000 menghidap barah.




Dalam nisbah ringkas, setiap jam seorang mati diserang sakit jantung dan dalam sejan satu daripada tiga orang mendapat kanser dan empat hingga lima orang mendapat strok.




Satu dari dua orang bermur 60 tahun ke atas mendapat diabetes, satu daripada tiga orang berumur 70 tahun ke atas mengalami Alzheimer.



Secara semulajadi, fungsi otak akan menrun dengan peningkatan usia.  Kebolehan dan kemahiran seperti mengingat, mempelajari perkara baru dan membuat keputusan juga akan berkurang.



Ada warga tua mengalami masalah ingatan walaupun baru mencecah umur 65 tahun, tetapi ada yang masih boleh menyumbang idea bernas pada usia 80 tahun dan sentiasa tampak awet muda.




Dr Rajbans berkata, semua ciri ini banyak bergantung kepada gaya hidup, pemakanan dan cara seseorang itu mengunakan mindanya.  Malangnya, dalam gaya hidup moden seperti kebanyakkan kita jalani sekarang, ramai tidak mendapat cukup zat walaupun makan berlebihan.




Siapa antara kita yang mengambil jumlah sayur-sayuran dan buah-buahan seperti disarankan dalam piramd makanan? Itu belum ditolak dengan khasiat pemakanan seperti vitamin yang hilang ketika disediakan dan dimasak.




:Dalam usaha memenuhi keperluan khasiat harian, ramai mengambil makanan secara berlebihan hingga mengakibatkan mereka mengalami masalah Sindrom Metabolik (obesiti, gemuk di pinggang, paras glukosa dan kolesterol serta tekanan darah tinggi).



"Secara umum teori penuaan boleh dibahagikan kepada dua, iaitu sosial dan biologi yang berkait rapat.  Kajian menunjukkan individu yang sentiasa mahu bekerja atau melakukan sesuatu, ada hubungan rapat dengan keluarga dan menjalankan suruhan agama hidup lebih tenang dan lama," katanya ketika memberikan ceramah kesihatan bertajuk Kesihatan Menyeluruh Abad ke-21.



Manakala berdasarkan teori biologi pula, semakin kita berusia, kadar pemulihan DNA (bahan genetik dalam sel) berkurangan.  Ini menyebabkan proses penuaan semakin cepat.



Pada masa sama, sistem pertahanan badan akan terjejass dan menjadikan warga tua lebih mudah terdedah kepada pelbagai masalah kesihatan.



Rata-rata orang tua mengalami masalah sukar tidur dan kurang berselera untuk makan.  Dua faktor ini boleh menjadi punca tekanan yang tidak disedari.  Tekanan ini  akan menjejaskan sisem pertahanan badan dan menyebabkan warga tua mudah mendapat jangkitan.



Sejak kecil, kebanyakkan kita diajar perlu makan ubat apabila sakit.  Walaupun ia mampu menyembuhkan penyakit, kebanyakkan ubat moden ada kesan sampingan.  Dr Rajbans menegaskan, ubat yang diambil tidak akan menghentikan masalah jika gaya hidup tidak sihat masih diteruskan.



Ini menyebabkan ada ahli perubatan mengatakan manusia sekarang hidup terlalu singkat dan mati terlalu lama.



Maknanya apabila jatuh sakit seseorang it dianggap mula memasukki dunia kemaatin (secara tiak langsung) kerana ketika ini individu berkenaan tidak lagi boleh bergiat  aktif.  Keadaan lebih buruk jika individu itu sakit teruk dan terlantar.



Ini sebabnya Dr Rajbans menasihatkan setiap orang memastikan dan bertanggungjawab ke atas tahap kesihatan diri.  Ia adalah pilihan masing-masing dan penjagaan kesihatan ini perlu dimulakan serta merta: bermula dari saat ini.



Kajian ke atas orang yang mempunyai jangka hayat panjang dan  kurang mengalami masalah kesihatan mendapati rata-rata ada kesamaan, iaitu:




a.  Makan dalam kuantiti kecil

b.  Mempunyai tujuan dan tekad tertentu sepanjang hayat

c.  Patuh kepada amalan ugama

d.  Berkongsi masaalah

e.  Mempunyai hubungan yang rapat dengan keluarga

f.  Tidak merokok

g.  Mengamalkan pemakanan sihat (banyak makan ikan, sayur dan buah)




Dr Rajbans berkata, banyak aktiviti boleh dijalankan untuk merangsang minda dan mengelak masalah daya ingatan.



Permainan seperti Sahiba, Catur dan membuat kerja yang memerlukan daya kreativiti boleh membantu serta merangsang otak berfikir dengan aktif.



Malah, membaca juga antara aktiviti berguna dan mudah untuk merangsang minda.



Bagaimanapun, perlu diingat, menonton  televisyen tidak  termasuk dalam kategori ini kerana ia aktiviti satu hala (hanya menerima maklumat dan kurang berfikir secara kreatif).



Pada masa sama, bersenam penting untuk memastikan minda sentiasa cergas.  Bersenam memperbaiki peredaran darah ke otak dan ini membantu aktiviti otak.  Selain itu pastikan anda mendapat makanan berkhasiat untuk kecergasan minda seperti sayur-sayuran dan buah-buahan untuk fitonutrien, manakala Omega 3 daripada ikan dan minyak biji Flax.



Beliau turut menyarankan supaya mengambil pil makanan tambahan antioksidan seperti Vitamin A, C dan E, makan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan serta minum banyak air masak.  atau sekurang-kurangnya mengambil pil muli-vitamin untuk menampung kekurangan zat makanan.



Bagaimanapun, katanya, lebih baik mendapatkan nasihat daripada pakar pemakanan kerana keperluan setiap orang adalah berbeza.



"Umur yang kita kira berdasarkan tarikh lahir adalah umur kronologi dan ia bukan melambangkan umur badan kita yang sebenar.  Ini kerana umur badan bergantung kepada tahap kesihatan seseorang.  Orang yang mendapat penyakit pada usia muda sebenarnya mempunyai usia yang lebih tua daripada rakan sebaya lain atau orang lebih tua tetapi sentiasa sihat."



"Kesihatan adalah tangungjawab sendiri.  tidak kira bagaimana gaya hidup diamalkan, pastikan ia membolehkan kita menjalani hari tua dalam keadaan sihat dan cergas," katanya.









OTAK PERLU SENAMAN UNTUK CERGAS




PENUAAN adalah proses semulajadi dan tidak dapat dielakkan.  sering kali proses penuaan dikaitkan dengan masalah daya ingatan, tetapi ia tidak semestinya berlaku.



Penyelidik percaya kebanyakkan masalah ingatan ada kaitan rapat dengan gaya hidup dan antara penyakit yang dikaitkan dengan penuaan ialah alzheimer.


Otak juga sama seperti otot.  Ia perlukan senaman.  Malah, sebagai organ paling banyak menggunakan tenaga (75 peratus daripada glukosa badan), otak perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya kerana jika tidak, tenaga berkenaan akan terbuang sia-sia.



1.  Senaman Fizikal

Sesetengah penyakit seperti strok ada kaitan rapat dengan pemakanan, obesiti dan gaya hidup tidak aktif.












































No comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...