Wednesday, January 15, 2014

SEMOGA PANJANG UMUR SEDUNIA










Sebahagian besar manusia  mengharapkan memiliki umur yang panjang. Buktinya, setiap kali hari jadi pasti terselit ucapan semoga panjang umur. Meskipun 'kitaran hidup' manusia sudah ditentukan oleh-Nya tetapi panjang umur adalah keinginan manusia. Mungkin maklumat ini boleh membantu anda lebih sihat dan boleh hidup lebih lama.





Masyarakat Jepun terkenal dengan rekod dunia sebagai negara yang memiliki umur yang panjang. Rata-rata usia mereka melebihi seratus tahun. Ternyata, rahsia masyarakat Jepun adalah berkaitan pola pemakanan yang sihat. Masyarakat Jepun mengambil makanan penuh lengkap, mengambil hidangan yang kecil, makan nasi tetapi menghindari roti, tidak pernah tinggal sarapan, menghidari makanan manis, menghindari daging merah malah mereka lebih gemar memasak makanan segar di rumah.






Bagi masyarakat Yunani, mereka tidak boleh hidup tanpa adanya minyak zaitun di dalam rumah. Mereka percaya khasiat minyak zaitun serta kaya Vitamin E membantu menurukan risiko sakit jantung. Hidangan yang kerap diambil adalah salad yang digaul bersama minyak zaitun, pasta yang mempunyai kadar glikemik rendah dan memakan ikan yang kaya omega 3. Setiap hari, empat hingga lima hidangan ikan akan diambil.






Di Australia, gaya hidup yang sihat dan mengambil makanan segar seperti buah pisang dan susu setiap pagi adalah rahsia mereka umur panjang. Malah, rakyat Australia tidak digalakkan untuk bekerja lebih masa kerana bertujuan supaya mereka mempunyai waktu rehat yang mencukupi. Dengan banyak berehat, masalah stres akibat keletihan bekerja mampu diatasi.





Rahsia rakyat Perancis panjang umur pula adalah pengambilan makanan seperti bawang kerana mereka percaya bawang membantu mengurangkan risiko diserang diabetis dan penggumpalan darah. Paling menarik dan mudah, mereka mengamalkan mengunyah makanan secara perlahan. Apabila mengunyah perlahan dan teratur, akan menghasilkan enzim yang banyak. Rajin melakukan pergerakan seperti berjalan, berbasikal dan memilih tangga daripada kemudahan lif adalah rahsia seharian mereka.





Mungkin rahsia mereka ini boleh dijadikan contoh untuk kita mencapai kesihatan lebih sihat sementelah dunia hari ini mudah diserang penyakit berbahaya. Jom, mulakan hari ini!








No comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...