Tuesday, January 7, 2014

ANDA RABUN?









Petua Untuk Mengatasi Mata Rabun





1. Makan makanan yang mengandungi Vitamin A dan D, kangkung, karot, buah- buahan seperti epal, mangga, betik dan lain-lain.

2. Lakukan Urutan Mata:
di kening
di tengah kening
  di antara dua kening
di hujung mata
di bawah mata

Mulakan urutan dari tengah kening ke tengah, hujung mata dan ke bawah mata, seperti urutan separa bulat. Ia untuk melancarkan peredaran darah ke mata.

3.Tutup kedua-dua belah mata. Letak jari telunjuk dan jari tengah pada tengah-tengah mata, dan tekan dengan lembut. Ini untuk mengurangkan rengangan otot mata.

4. Ambil minyak Zaitun (Olive Oil),Vitamin E Oil or Almond Oil dan sapukan pada keliling mata.

5. Ambil “eye supplement” atau lain-lain supplement yang berkaitan.

6. Rendam karot dalam air panas dan tinggalkan beberapa minit. Minum air tersebut 2 kali sehari sebelum makan.

7. Rendam kapas dalam air sejuk atau air mawar, dan tempekkan pada mata anda.

sumber petua melayu




Amalan Ain


1. Ain minum jus 4karot, 4tomato, 1 ubi bit dan 2 epal setiap pagi dan petang.
2. Urut sekeliling mata dengan lembut untuk aliran darah yg lebih baik
3.  Selalu buat exercise 'palming' untuk mata
4.  Bataskan pemandangan, Ain hanya akan melihat yg dekat sahaja, yg kurang jelas dan jauh itu lupakan.  Jgn paksa mata anda.
5.  Selalu melihat kehijauan hutan kecil kat umah.
6.  Mengamalkan membaca surah yasin pagi dan petang.

No comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...