Tuesday, February 25, 2014

ALHAMDULILLAH




10ng8zq.jpg




RAHSIA SEBIJIK BAWANG



Rasulullah SAW pernah suatu ketika berkata kepada anaknya siti Fatimah:




"Wahai Fatimah, setiap wanita yang berair matanya kerana pedih memotong bawang untuk dimasak kepada ahli keluarganya, maka Allah SWT akan mencatatkan pahala sebanyak yang diberikanNya kepada orang yang menanggis kerana takutkan Allah"





ASSALAMUALAIKA YA RASULALLAH.







KHASIAT BAWANG

Kita sering menjumpai datuk-nenek kita makan hirisan bawang merah mentah. Sesekali dicampur salad atau sekadar dimakan sebagai ulam. Kita yang melihat bahkan hanya boleh mengenyitkan dahi sambil menutup hidung. Layaknya bawang putih, bawang merah mempunyai aroma yang khas dan tajam. Namun, makanan ini mempunyai banyak manfaat bagi kesihatan . Berikut adalah manfaat kesihatan dari makan bawang merah mentah:. 

1. Menyembuhkan sembelit

Serat yang dikandung bawang merah membantu membuang racun dan zarah makanan keras yang terjebak dalam usus. Jika anda menderita sembelit, jangan segan untuk makan bawang merah mentah. 

2. Masalah pendarahan

Bawang merah merupakan salah satu ubat mujarab untuk menyembuhkan hemoroid atau buasir.Malah, anda juga boleh menggunakannya untuk merawat pendarahan di hidung. Caranya cukup mudah hiris bawang merah dan sedut baunya secara perlahan. 

3. Mengawal diabetes

Makan bawang merah mentah dapat meningkatkan pengeluaran insulin. Jadi, jika anda menderita diabetes, perbanyakkan penggunaan salad bawang secara teratur. 

4. Melindungi jantung

Penggunaan bawang merah mentah secara teratur dapat melindungi jantung dari bahaya penyakit koronari. Makanan ini juga mengawal tekanan darah tinggi dan membuka arteri yang tersumbat. 
5. Mengawal kadar kolesterol

Makanan herba ini boleh mengawal kolesterol dengan mengurangkan kolesterol jahat (LDL).Bawang merah juga mengandungi sulfida methylallyl serta asid-amino sulfur yang boleh menurunkan kolesterol jahat dan meningkatkan kolesterol baik (HDL). 

6. Mencegah kanser

Bawang merah mempunyai banyak kandungan senyawa belerang. Sulfur dapat melindungi tubuh dari kanser perut, payudara, paru-paru, usus, dan prostat. Makan bawang mentah juga membantu menyembuhkan gangguan saluran kencing. 












No comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...