Thursday, February 20, 2014

BUHBYE PROBLEMS............












Orang yang bermasalah sahaja yang banyak masalah.




Apabila sesuatu masalah menimpa anda, tanyalah soalan cerdik ini:



1.  Apakah yang saya pelajari dari turunnya masalah ini?



2.  Apakah yang telah saya lakukan dan apakah yang saya tidak lakukan, sehingga saya mendapat masalah ini?



3.  Bagaimanakan hubungan saya dengan Maha Pengasih Pencipta saya?



Nah, hanya anda sahaja yang tau apakah jawapan yang tepat sehingga anda berada di situasi ini.




Anda yang menulis skrip perjalanan hidup anda, buatlah sebaik-baiknya.





Ain senang sahaja, apa yang berlaku hari ini tidak akan disebut di esok hari, dan apa yang berlaku semalam tidak akan disebut lagi walau bagaimana sakitnya.  Chapter itu telah ditutup dan dilupakan.





Lupakan kesedihan lalu dan maafkan semua salah dan silap orang terhadap kita, itu buat kita tenang.




Masalah bukanlah suatu hukuman.



Setiap satu yang Allah ambil dari kita kerana Dia mahu memberikan kita yang lebih baik.




Selepas setiap serangan virus, system tubuh kita akan kebal dan semakin kuat buat persiapan serangan di masa hadapan.




Apabila satu pintu tertutup, tuhan telah bukakan 10 lagi pintu untuk kita.




Dan ingatlah apabila satu pintu tertutup, jangan dipaksa buka lagi kerana apa yang Allah jadikan di sebalik pintu yang tertutup itu bukan untuk kita.






Akan selalu ada lebih baik, percayalah.






Ok ladies, keep glowing, cantik dalaman cantiklah luarannya.



No comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...