Thursday, February 6, 2014

ANDA STRESS?









Stres memberi kesan kepada tubuh anda termasuk kulit, rambut dan kuku. 



Emosi anda memberi pengaruh yang sangat besar terhadap kulit anda.  Stres adalah sebahagian dari hidup ini, yang penting ialah bagaimanan anda menanganinya.

Stres mempengaruhi kulit




Stres menyebabkan bahan kimia bertindak balas di dalam sistem tubuh anda, membuatkan kulit bertindak balas dan semakin sensitif.  Ia memyebabkan masalah kulit mengambil masa yang lama untuk sembuh.



Perasankah anda, apabila stres, jerawat semakin banyak?



Stres menyebabkan sistem tubuh mengeluarkan lebih banyak hormon cortisol dan hormon-hormon yang lain juga, memberitahu pundi-pundi sebaceous untuk mengeluarkan lebih banyak minyak.  Kulit berminyak mudah berjerawat dan juga   menghadapai masalah kulit yang lain.


Stress juga penyebab:



Masalah kulit yang teruk.  Misalnya, stres memburukkan keadaan psoriasis, roacea dan ekzema.  Stres boleh menyebab kan hive,  kulit kemerah-merahan yang sangat gatal dan penyebab kudis-kudis kecil disebabkan oleh kepanasan.



Menggangu regim penjagaan kulit.




Jika anda stres, anda harus mengurangkan penggunaan regim penjagaan kulit harian anda, yang mana akan memburukkan lagi masalah kulit anda.


Masalah kulit juga menyebabkan kita stres.  Sesetengah orang malu dengan masalah kulit mereka dan menjauhi orangramai dimana menambahkan stres mereka, yang memburukkan lagi keadaa.


Jika anda ada masalah kulit yang sukar sembuh atau berulang kali, anda harus memikirkan adakah cara anda menangani stres anda betul?




8 Cara Bagaimana Mengurangkan Kesan Stres Terhadap Kulit


Adalah mustahil untuk menggelakkan stres sama sekali, ada cara yang lebih baik bagaimana untuk menanganinya.  Cubalah pendekatan berikut:



1. Jangan abaikan kulit anda.  Jaga kesihatan kulit anda walau bagaimana sibuk atau penatnya atau strenya anda.


2.  Lakukan eksesais secara berkala.  Eksesais bagus untuk kulit anda dan juga sistem tubuh anda keseluruhannya.  Ia membuatkan pori-pori terbuka dan menjadikan kulit kelihatan bersinar cantik.


3.  Sediakan masa untuk diri sendiri untuk membuat perkara-perkara yang anda suka, walaupun hanya mengambil masa hanya 10 minit sahaja, mandi atau pun hanya membaca artikel.


4.  Walaupun hanya bersiar-siar di kawasan perumahan anda.


5.  Amalkan bagaimana teknik mengawal stres, seperti bernafas dengan betul, yoga, bertafakur, bersolat atau membayangkan visual pandang.


6.  Dapatkan tidur yang cukup, yang ideal iaitu sebanyak 7 atau 8 jam.


7.  Katakan Tidak!.  Tidak menjadi masalah jika kita letakkan limit dan sempadan untuk mengawal stres.


8.   Berbincanglah dengan seseorang.  Dapatkan sokongan sahabat atau pakar Therapi.









No comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...