Thursday, February 13, 2014

OVER A HOT CUP OF COFFEE









Ain dan Hasanah pergi membeli belah di Sogo lalu ke Masjid India sebelum pulang ke Ampang.




Semasa membeli belah Hasanah kehabisan wang dan meminjam dari Ain sebanyak RM500 untuk melengkapkan pembeliannya.




Kami membelibelah dengan gembiranya dan mengambil teksi untuk kembali ke rumah.




Banyak sungguh pembelian kami hari itu.




Apabila turun dari teksi dan memgambil barang-barang pembelian masing-masing, Hasanah mendapati semua barang itu adalah pembeliannya dan Ain tidak membeli satu barang pun.




Dia  sangat marah.



"Buat gapo gi shopping tok li bare sehabuk pon!" (Buat apa pergi shopping tetapi tidak membeli satu barang pun).



Keesokkannya Hasanah menelefon:




"Kak, Sanah terfikir kenapa akak tidak membeli satu barang pun, nape?"




"Kak tak tertarik langsung nak beli barang-barang tersebut, kalau ada pakaian yang berkenan di hati kak akan berkata di dalam hati, selepas habis jualan ini akan ada barang yang lebih hebat dari ini lagi, dan jika harga terlalu melampau mencecah RM400 kak fikir lebih baik beli cincin emas dari beli barang yang akhirnya susut nilai dan masuk bakul sampah, jadi terbantutlah keghairahan untuk memiliki barang tersebut, dan akhirnya tidak membeli apa-apa pun hihihihi...."






"Ohhhhhhhhh....................kalu macam tu Sanah pun nak jadi macam akak la hihihihi......."








No comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...