Sunday, February 16, 2014

DIL TO PAGAL HE - CINTA GILA



Photobucket






CINTA ROMANTIK


Biasanya aspek fizikal diutamakan, cinta pandang pertamalah konon!  Cinta ini adalah percampuran emosi, kasyikan dan seksual yang kuat.





CINTA SUKA SAMA SUKA



Digayakan oleh individu yang tidak mahukan sebarang komitmen.  Suka mengoda tapi tidak mahukan hubungan intim, kurang mesra dan tiada perancangan jangka panjang.





CINTA SAHABAT



Lebih menitikberatkan perkongsian aktiviti berbanding penglibatan emosi dalam perhubungan mereka. Mereka yang berada pada kategori cinta ini biasanya jarang merajuk dan berasa cemburu.  Seandainya perpisahan terjadi, ia tidak menimbulkan kerisauan.





CINTA GILA



Mereka melampau dalam mencintai, sentiasa diobsesi oleh kekasih, cemburu buta dan suka mengongkong pasangan.





CINTA LOGIKA



Cirinya praktikal dan realistik.  Individu yang menggayakan cinta ini suka memikirkan keuntungan peribadi.  Mereka inginkan keserasian latar belakang masing-masing dan perasaan cinta hanya akan timbul setelah membuat perhitungan bahawa pasangan itu benar-benar layak untuknya.





CINTA TERKORBAN



Mereka berhati mulia, mesra dan tidak mengharapkan balasan daripada orang yang dicintainya serta sedia memaafkan kesilapan pasangannya.  Mereka lebih mementingkan kebahagian pasangannya berbanding diri sendiri, mereka sering ditindas dan dimanipulasikan oleh pasangannya.







No comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...