Saturday, February 15, 2014

SENAMAN UNTUK MUKA








Salah satu senaman yg agak luarbiasa dan kelakar tapi hasilnya menakjubkan.




Ketika kita tegang dan  stress kerana berbagai faktor seperti pekerjaan dan lain-lain hal, muka kita terlihat tidak fresh dan lusuh.  Stress menyebabkan peredaran darah kita ke otak dan sekitarnya menjadi tidak lancar, hal ini menyebabkan muka kita menjadi pucat dan tidak fresh.  Nah untuk mencairkan ketegangan kita cuba meluangkan waktu sekitar 5 minit  saja disela-sela kesibukan kita baik di rumah ataupun di pejabat untuk melakukan senam muka.





MULUT



Senaman mulut ini sangat simple dan comel sekali, gerakannya pun mudah, bentuk mulut anda seperti kamu mengucapkan huruf "A-I-O-U-E" lakukan gerakan sepertti saat kamu mengucapkan huruf "A: tahan untuk 10 saat lalu ganti dengan gerakan huruf "I" dan seterusnya  ulang sampai 3 kali.




DAHI



Untuk bahagian dahim anda dapat melakukan  pijatan-pijatan dengan jari-jari anda dan ulangi sepuluh kali bawa dari dalam keluar ok.




MATA



Setelah bekerja seharian, terutama anda yang sehari-hari bekerja di depan komputer akan mengalami kelelahan di bahagian mata.  Untuk membuatnya segar kembali, lakikan tip-tip berikut:  letakkan ibu jari di sudut mata, tutup mata, kemudian dengan ibu jari tarik kulit ke arah dahi, ulang sepuluh kali.


Nota:



Cara yang sebaik-baiknya adalah menggunakan jari hantu ( jari tengah ) dengan menekan perlahan-lahan  bermula dari kening dengan membuat pusingan di mana di tekan lembut bagaikan sentuhan rama-rama, kerana mengurut bahagian yang lembut dan sensitif ini ditakuti akan menambah kedutan.



Tujuan hanyalah untuk melancarkan perjalanan darah disekitar mata kita.



Senam muka ini dapat dilakukan bila-bila masa sahaja.



Dengan melakukan senaman ini  maka peredaran darah anda di sekitar muka akan lancar dan hal ini akan  membawa kesan segar.




Selamat mencuba.


No comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...